• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Pemuda Jana Pendapatan Dengan Menu Sarapan RM1

oleh Ahmad Albab
03/03/2016
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Atas keinginan membantu mereka yang berpendapatan rendah mendapatkan sarapan dengan harga murah, Jaafar Pame dan rakannya Muhammad Abdullah menjual sandwic ayam dan sayur berserta kopi dan teh dengan harga RM1.

Lokasi perniagaan mereka di tepi jalan berhampiran Taman Fajar di Jalan Airport, laluan utama yang dilalui banyak kenderaan pada setiap pagi.

Mereka turut menjual penkek, sup cendawan dan minuman panas yang lain dan dijual berasingan dengan harga RM1 setiap satu.

Biarpun dijual dengan harga murah, mereka mampu memperoleh pendapatan RM1,000 sebulan berikutan sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Jaafar, 28, berkata mereka memulakan perniagaan pada Oktober tahun lepas dan sambutan yang diterima sangat menggalakkan sehinggakan ada yang menjadi pelanggan tetap.

“Pada awal perniagaan, kami menggunakan modal RM100 dan setiap hari menyediakan 100 set menu sarapan dengan pulangan pendapatan sebulan dalam lingkungan RM1,000,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Pendekatan mereka mudah iaitu menggunakan poster dan kain rentang yang memaparkan menu sarapan berharga RM1 bagi menarik perhatian pengguna jalan raya untuk singgah.

Jaafar berkata setiap Isnin hingga Sabtu, mereka berniaga bermula 6 hingga 8 pagi iaitu pada waktu puncak orang ramai keluar bekerja atau atas urusan tertentu dan mereka yang melalui jalan berkenaan akan singgah untuk membeli sarapan.

“Kami turut menyediakan perkhidmatan penghantaran di sekitar kawasan Batu 7 Jalan Airport bagi sup cendawan dan minuman panas dengan hanya mengenakan caj serendah RM1,” katanya.

Jaafar menasihati golongan belia untuk berani dan berusaha mencari pendapatan kerana rezeki itu luas, tambah-tambah lagi peluang pekerjaan kini semakin susah.

Idea menu sarapan RM1 oleh Jaafar dan Muhammad, 30, turut menjadi menjadi ikutan kepada Mohammed Shaffy Abdul Rashid, 21 yang menjalankan perniagaan di Jalan Tun Fuad Stephen di Kota Kinabalu.

Seorang pelanggan mereka, Arif Sani, 28, menyifatkan jualan menu RM1 itu memudahkannya mendapatkan sarapan dengan harga murah.

Katanya perniagaan sarapan RM1 ini menjadi tarikan pengguna disebabkan lokasi perniagaan di laluan utama dan memudahkan orang yang pergi bekerja. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]NbaFtaTTtYg[/wpdevart_youtube]

Tags: menumurah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Terkilan Dituduh Menang Trofi Gara-Gara Jadi Duta Penaja

Next Post

Suruhanjaya Penerbangan Majukan Industri Penerbangan

Related Posts

Harga Telur Lebih Murah Diumum Esok

Harga Telur Lebih Murah Diumum Esok

05/12/2022
0

PUTRAJAYA : Harga telur lebih murah akan diumumkan esok, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ikuti Mynewshub: Telegram Anwar berkata,...

Menu Baharu “Briyani Bamboo” Jadi Tarikan D’tandoor

08/10/2018
0

BUKIT MERTAJAM - Juadah berempah seperti nasi beriyani, roti naan dan ayam tandoori begitu sinonim dengan masyarakat utara terutama di...

Next Post

Suruhanjaya Penerbangan Majukan Industri Penerbangan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd