• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Daya Ketahanan Bandar, Adaptasi Harus Tangani Pembasmian Kemiskinan

oleh Ahmad Albab
04/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat mencadangkan daya ketahanan bandar dan adaptasi mengatasi pembasmian kemiskinan dan ketidaksamaan, dua isu yang biasa dikaitkan dengan urbanisasi.

Menangani isu ini merupakan teras utama Rancangan Malaysia Ke-11 yang diusahakan untuk meningkatkan keterangkuman ke arah sebuah masyarakat yang saksama, katanya.

Peluang sama rata harus diberikan kepada rakyat Malaysia, terutama isi rumah berpendapatan rendah di pusat bandar, untuk menyertai sepenuhnya dalam pertumbuhan ekonomi, katanya dalam ucap tama pada Forum Asia Pasifik ke-2 mengenai Daya Ketahanan Bandar dan Adaptasi di Bandar Hilir di sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof. Lebih 100 orang dari 31 negara mengambil bahagian dalam forum tiga hari itu.

Ahmad Zahid berkata tidak akan wujud bandar yang berdaya tahan tanpa penduduknya mempunyai daya ketahanan dan oleh itu usaha untuk membina bandar raya berdaya tahan perlu bermula daripada penduduknya.

“Berdaya tahan bukan hanya bermaksud untuk bangkit semula. Ia juga bermaksud keupayaan untuk membangun dan makmur walaupun berdepan dengan kejutan dan kejatuhan. Daya ketahanan harus disepadukan dan terangkum,” katanya.

Beliau berkata masyarakat harus diperkasa untuk menjadi sebuah masyarakat yang produktif dan makmur dengan memperkukuh institusi keluarga, memupuk potensi belia, meningkatkan peranan wanita dalam pembangunan, menegakkan keperluan dan kepentingan kanak-kanak, memperbaiki suasana kehidupan bagi orang tua dan memperkasa orang kurang upaya.

Ahmad Zahid berkata sebagai sebuah negara membangun, Malaysia amat yakin bahawa usaha di peringkat kebangsaan adalah penting dalam mencapai pembagunan berterusan dan sebuah ekonomi mampan.

“Malahan objektif ini dari permulaannya telah digabungkan ke dalam rancangan pembangunan lima tahun kerajaan sejak Rancangan Malaysia Ketiga,” katanya.

Ahmad Zahid berkata ketahanan cuaca dan perlindungan kepelbagaian bio juga merupakan faktor penting dalam membangunkan daya ketahanan bandar yang baik dan konsep itu bukan baharu bagi Malaysia.

“Dalam tempoh lima tahun lepas menyaksikan pelaksanaan 194 projek tebatan banjir yang melidungi hampir satu juta orang, dan 34 peta bencana diadakan untuk memudahkan usah pencegahan bencana serta pembangunan di kawasan yang berisiko tinggi,” katanya.

Ahmad Zahid berkata usaha tebatan banjir harus diperbaiki lagi melalui penyelesaian inovatif dan mengambi kira intensiti dan kekerapan cuaca melampau.

“Satu pelan tindakan bagi menjana pelaburan daripada tebatan banjir ini sudah tersedia.

“Penyelesaian jangka panjang banjir akan diperkukuh melalui pelaksanaan pengurusan sumber air bersepadu, pengurusan lembangan sungai dan pengurusan banjir,” katanya. – BERNAMA

Tags: kemiskinanZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

7 Pegawai Polis Didakwa Peroleh Suapan RM17,000

Next Post

Bekas Kurator Muzium PDRM Bebas Tuduhan Palsu Dokumen

Related Posts

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

13/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima nasihat yang diberikan...

Next Post

Bekas Kurator Muzium PDRM Bebas Tuduhan Palsu Dokumen

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd