• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cubaan Culik Pemimpin Negara: Militan DAESH Cuba Dapatkan Dana

oleh Ahmad Albab
12/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KUBU BHARU – Cubaan kumpulan militan DAESH untuk menculik beberapa pemimpin negara ini, dipercayai bertujuan mendapatkan dana bagi menyebar dan memperluaskan fahaman mereka.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata polis percaya kumpulan itu sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai tujuan tersebut.

“Ancaman DAESH ini serius dan polis akan memerangi kumpulan itu walau di mana jua mereka berada demi memastikan propaganda mereka tidak tersebar luas di negara ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau turut memberi jaminan bahawa keadaan keselamatan negara adalah selamat serta terkawal dan polis kini mempertingkatkan lagi usaha memantau kumpulan berkenaan.

Pada Selasa lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri, mendedahkan selain Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau sendiri dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut menjadi sasaran kumpulan itu.

Mengulas mengenai bahan uji kaji yang disangkakan bom di Aquaria Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) Rabu lepas, beliau berkata pelajar yang meletakkan objek berkenaan tidak mempunyai niat buruk.

Menurutnya, polis sentiasa berusaha memastikan kawasan tumpuan ramai dan ikonik di negara ini, sentiasa dikawal dengan baik.

Terdahulu beliau menghadiri upacara perbarisan tamat latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Kadet Sarjan Siri 1/2015 di padang kawad, Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu, dekat sini.

Pada majlis itu, seramai 491 pelatih terdiri daripada 387 lelaki dan 104 wanita berjaya menamatkan latihan PLAK selama sembilan bulan. – BERNAMA

Tags: DaeshDana
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Tidak Bertanggungjawab Kawal Bagaimana Dana SRC Diguna’ – Najib

‘Saya Tidak Bertanggungjawab Kawal Bagaimana Dana SRC Diguna’ – Najib

27/09/2024
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak bertanggungjawab mengawal segenap segi bagaimana dana...

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd