NEW DELHI – Seorang lelaki warga asing maut selepas bertengkar mengenai pemain bola sepak yang mana lebih hebat antara pemain Barcelona, Lionel Messi atau bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo.
Rakyat Nigeria, Nwabu Chukwuma, 21; telah bertindak menikam rakan senegaranya, Obina Michael Durumchukwa, 34; yang juga berasal dari Nigeria di pinggir bandar raya Mumbai, selatan India.
Kedua-dua rakan baik terbabit dikatakan sedang berparti pada malam Sabtu lalu sebelum pertengkaran tercetus mengenai pemain manakah lebih bagus antara Messi dari Argentina atau Ronaldo berasal dari Portugal.
Menurut jurucakap polis India, Kiran Kabadi, pertelingkahan yang berlaku itu diikuti insiden saling melontar gelas antara dua sahabat itu sebelum gelas itu pecah dan mencederakan muka salah seorang darinya.
Chukwuma yang berang mengambil serpihan gelas yang pecah itu lalu mengelar leher Durumchukwu dan menyebabkan kematiannya ekoran masalah perdarahan yang teruk.

Messi dan Ronaldo merupakan kedua-dua pemain yang berprofil tinggi, malah Messi telah memenangi anugerah Ballon D’Or untuk kali kelima dalam kerjayanya sebagai pemain bola tahun ini.
Beliau mengalahkan Ronaldo yang pernah memenanginya sebelum ini dua tahun berturut-turut.

Kemenangan itu menyebabkan sebuah patung Ronaldo yang terletak di tanah kelahirannya di kepulauan Madeira telah diconteng dengan perkataan Messi dan nombor 10 tertera di belakang patung berwarna gangsa itu. –MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=a3RYCqz-Qko]

