APABILA ditanya mengenai kelab peminatnya yang sudah dibubarkan, pelakon dan perniaga muda Nad Zainal hanya menjawab jujur bahawa dia tidak mahu bersikap fake atau bermuka-muka dengan peminat.
Kelab ‘Nad Zainal Lovers’ yang ditubuhkan pada beberapa tahun lalu terpaksa dibubarkan berana dia sendiri tidak dapat memberikan komitmen apabila peminatnya mahu menjalankan aktiviti tertentu.
“Saya tak nak jadi fake, saya bukan suka berjalan atau main boling seperti kelab peminat artis yang lain. Saya hargai semua yang dilakukan peminat saya, cuma saya tidak mahu janji apa-apa”
“Saya ni biasa-biasa sahaja, jadi biarlah semuanya berpada-pada” jelas Nad, 25; semasa majlis pelancaran produk kecantikannya baru-baru ini.
Tambah Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, dia yang kini bergelar isteri lebih suka menghabiskan masa bersama-sama dengan keluarga tersayang jika tidak mempunyai sesi penggambaran.
Pada tahun lepas, Nad memenangi Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) hasil undian peminatnya dan dia berasa terharu serta mengucapkan terima kasih atas usaha kelab peminatnya itu.
Dia juga tidak akan berasa kecewa jika tidak berjaya memenangi sebarang anugerah pada tahun ini kerana dia mahukan peminat menilai hasil usaha dan kerjaya seninya pula.
“Memang seronok apabila menang anugerah, tapi bagi saya biar mereka menghargai kemenangan dalam apreasiasi hasil kerja saya pula selepas ini”. – Mynewshub.cc
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=xmytoJWodvw]

