• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Billboard Bebas Anwar Lebih Banyak Daripada Billboard Denggi

oleh
22/03/2016
dalam Hangat, Politik
1
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemasangan billboard atau papan iklan besar Bebaskan Anwar yang begitu banyak di sekitar Selangor menunjukkan kerajaan negeri itu lebih mementingkan politik berbanding kepentingan rakyatnya sendiri.

Isu itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar yang turut menempelak kerajaan Selangor kerana ia dikatakan lebih banyak daripada papan tanda peringatan tentang bahaya wabak demam denggi.

Padahal pada masa ini ia merupakan penyakit yang paling tinggi mencatatkan rekod kematian di seluruh Selangor sehinggakan negeri tersebut muncul sebagai ‘juara’ dalam kes penularan wabak dibawa oleh nyamuk aedes itu.

Kenyataan tersebut ujar Noh adalah berdasarkan kepada angka rasmi 77 kematian pada 2014 dan kemudian meningkat kepada 177 pada 2015 lalu dan 17 kematian yang turut dicatatkan untuk tahun ini sehingga Mac.

“Selangor ini masalah denggi adalah cukup penting, tetapi kerajaan negeri lebih pentingkan politik daripada kepentingan rakyat, tempat papan tanda ‘Bebaskan Anwar’ sana sini, kenapa dan apa kaitan Anwar di Selangor?

“Saya persoalkan kerana saya anak jati Kuala Selangor. Kerajaan Pusat juga telah peruntukkan sebanyak RM12 juta secara terus kepada kerajaan negeri bagi usaha memerangi denggi, tapi berapa yang kerajaan negeri bagi?

“Hanya RM2 juta sahaja, mana serius kerajaan negeri dalam isu rakyat? Apa lagi yang kata kita tidak berlaku adil kepada kerajaan negeri?” soalnya ketika membahas usul titah Yang Dipertuan Agong di Dewan Rakyat, Khamis.

Baca: Billboard Anwar Diubah Peliwat Zakar Masuk Dubur

Juga: Billboard #BebasAnwar – UMNO Buat Laporan Polis

Lagi: Billboard ‘Bebas Anwar’ Ghaib Pun Nak Salahkan BN

Noh yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata demikian bagi menyelar ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali yang menuduh kerajaan pusat tidak berlaku adil terhadap kerajaan negeri pimpinannya.

Mengukuhkan lagi kenyataan tersebut, Noh berkata kerajaan persekutuan turut meluluskan 289 projek yang jumlahnya hampir RM19 bilion sekali gus menolak hujah Azmin konon tidak berlaku adil terhadap negeri itu.

“Apa yang tak adil, guru KAFA malah imam di Selangor, kita naik elaun daripada RM450 kepada RM750, kerajaan negeri cuma bagi RM190 sebulan, guru Tamil kita beri RM800, kerajaan negeri beri berapa? Tak ada,” tambahnya.

Kenyataan Noh itu mencetuskan pertikaman lidah di Dewan Rakyat apabila ahli-ahli parlimen pembangkang di Selangor cuba menghalang Noh daripada mendedahkan lebih banyak lagi kepincangan kerajaan PKR Selangor.

Antara yang mengganggu perbahasan pada sesi menjunjung kasih titah Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah itu ialah masing-masing Ahli Parlimen PAN Shah Alam dan Sepang iaitu Abdul Khalid Samad dan Hanipa Maidin.

Pertikaman lidah berterusan apabila Abdul Khalid berulang kali bangun mencelah tanpa kebenaran sehingga membangkitkan kemarahan Noh yang lantas menggelarkan pemimpin PAN itu sebagai ‘burung kakak tua’.

“Saya tak bagi kebenaran YB bangun, Shah Alam lompat kenapa? Saya tanya bila nak selesai masalah penduduk Taman Permata, Dengkil, nanti saya baling buku (Peraturan Mesyuarat) ni dekat muka YB tahu lah,” berangnya.

Tindakan Noh itu kerana ahli parlimen pembangkang tidak menghormati peraturan mesyuarat Dewan yang menegaskan ahli parlimen jika hendak mencelah mesti mendapat kebenaran YB yang sedang berhujah. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: billboarddenggiNoh Omar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rumah Penolong Pegawai Daerah Hulu Langat Dibaling ‘Molotov Cocktail’

Next Post

Najib Tinjau Operasi ‘MyFarm Outlet’ Di Putrajaya

Related Posts

Presiden UMNO Boleh Digulingkan MKT

Presiden UMNO Boleh Digulingkan MKT

15/03/2023
0

KUALA SELANGOR – Kedudukan Presiden UMNO masih boleh digugat termasuk digulingkan sekiranya mendapat undi tidak percaya dua pertiga ahli Majlis...

Najib Pemimpin Berjiwa Besar – Noh

Najib Pemimpin Berjiwa Besar – Noh

22/02/2023
0

PETALING JAYA – Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menyatakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak...

Next Post

Najib Tinjau Operasi 'MyFarm Outlet' Di Putrajaya

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd