• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berat Badan Naik 10 Kg, Ella Mahu Kurus Ketika Konsert

oleh AK-47
24/03/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

ACARA gimik yang menampilkan kemunculan Ella bersama 110 pemuzik dalam rangka promosi konsertnya di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC)  telah diiktiraf The Malaysian Book of Record (MBOR) kerana menampilkan pemuzik teramai.

Ella dan Sijil Penghargaan yang diterima dari Malaysian Book Of Records

Ratu rock negara itu memang sibuk sekarang dengan pelbagai persiapan menjelang konsert yang bakal diadakan pada 16 April depan bertempat di Stadium Melawati Shah Alam.

Menurut sebuah portal hiburan, Ella kini sedang berusaha untuk menurunkan berat badannya di samping menjalani latihan vokal dan stamina bagi memastikan dia berada pada tahap memuaskan pada malam konsert tersebut.

“Untuk konsert memang banyak persiapan yang perlu dilakukan. Selain persiapan vokal, Ella juga mahu memastikan diri cukup berstamina. Sekarang ini Ella sering ke gim untuk bersenam. Selain untuk stamina, Ella juga ingin mengurangkan berat badan. Ini kerana berat badan Ella telah meningkat sebanyak 10 kilogram.

“Sebelum ini, memang jadi rutin Ella bersenam di gim, namun untuk konsert ini Ella menggandakan usaha kerana faktor masa yang sudah semakin suntuk. Ella perlu turunkan berat badan untuk tampil lebih berkeyakinan pada malam konsert itu nanti,” ujar Ella.

‘Konsert Ella 2016’ yang berdurasi selama dua jam bakal menyaksikan barisan pemain-pemain muzik handalan serta dimeriahkan dengan persembahan pembukaan daripada Bunkface, Amy Search dan juga Korie.

Ratu rock Ella bersama artis yang akan menjayakan Konsert Ella 2016
Ella bersama artis yang akan menjayakan Konsert Ella 2016

Ella, 50 yang sudah hampir tiga dekad berkecimpung dalam industri muzik akui teruja dan gementar untuk menjayakan konsert itu setelah hampir 20 tahun tidak mengadakan konsert dan berharap mampu memberikan yang terbaik untuk peminat yang hadir.

Ella turut berharap peminat-peminatnya akan datang memberikan sokongan kepada konsert itu kelak. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=H0Txb0GzXj0]

Tags: EllaKonsertKURUSRatu Rock
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Nourul Depp Pilih Mimi Fly Penyanyi Jemputan Konsert ‘For You Nourul’

Nourul Depp Pilih Mimi Fly Penyanyi Jemputan Konsert ‘For You Nourul’

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal, Nourul Depp memilih Mimi Fly sebagai artis jemputan bagi konsert solo ‘For You Nourul’ yang...

Papan Tanda ‘No to Drugs’ Antara Syarat Baharu Permit Konsert Di Selangor – Polis

Papan Tanda ‘No to Drugs’ Antara Syarat Baharu Permit Konsert Di Selangor – Polis

20/02/2025
0

SHAH ALAM: Papan tanda atau plakad 'No to Drugs' pada laluan masuk konsert antara yang akan diletakkan dalam syarat permit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd