• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Timbalan Menteri Pengangkutan Rahmah Osman Meninggal Dunia

oleh Ahmad Albab
23/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Menteri Pengangkutan Datin Paduka Rahmah Osman, 76, meninggal dunia kerana sakit tua di Hospital Tawakal di sini malam ini.

Anak sulungnya Rahatulkhairani Mustapha berkata ibunya meninggal dunia pada 10.15 malam ini, dan Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Tun Dr Ismail pagi esok, selepas disembahyangkan di Masjid Al-Taqwa taman tersebut.

Rahmah yang akan menyambut hari kelahirannya ke-77 pada 12 Jun ini, meninggalkan dua anak perempuan.

Allahyarham yang pernah bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Bahagian Akhbar Jabatan Penerangan, bergiat aktif dalam UMNO sejak 1950-an, dan dilantik sebagai Senator pada 1979.

Pada Pilihan Raya Umum 1982, beliau bertanding di kerusi Parlimen Selayang dan mengalahkan calon DAP Lee Yee Lian dengan majoriti 30,909 undi, dan empat tahun kemudian bertanding di kerusi Parlimen Shah Alam dan berjaya mengalahkan calon PAS Mustafar Abdul Kadir dengan majoriti 24,835 undi.

Bekas Ketua Satu Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (PERTAMA) sejak 1978 hingga 1982 itu dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan pada 1982 dan dua tahun kemudian, dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan.

Pada 1988, Allahyarham mengisytiharkan dirinya anggota parlimen bebas berikutan krisis dalaman UMNO dan menyertai parti Semangat 46.

Bekas Presiden Persatuan Hoki Wanita Malaysia itu, bagaimanapun gagal mempertahankan kerusi Parlimen Shah Alam pada Pilihan Raya Umum 1990, dan pada 1994 kembali menyertai UMNO. – BERNAMA

Tags: meninggal duniaMenteri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Serpihan Baharu MH370 Ditemui Di Afrika Selatan?

Next Post

K’jaan Pertimbang Lakukan Pembenihan Awan Tangani Cuaca Panas

Related Posts

PM ke-5 Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia

PM ke-5 Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia

14/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, hari ini....

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

10/04/2025
1

JOHOR BAHRU : Seorang bayi lelaki berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di...

Next Post

K'jaan Pertimbang Lakukan Pembenihan Awan Tangani Cuaca Panas

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd