• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pegawai Khas Bekas MB Selangor Dipenjara Kerana Menipu

oleh Ahmad Albab
04/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mohd Yahya Mat Sahri, bekas pegawai khas kepada bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, perlu menjalani hukuman penjara dua tahun dan dua sebatan rotan selepas dia gagal dalam rayuan akhir untuk mengetepikan sabitan terhadapnya atas kesalahan menipu.

Panel tiga anggota Hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim menolak rayuan Mohd Yahya berkaitan sabitan kesalahan terhadapnya, hukuman penjara dan sebatan bagi pertuduhan pertama menipu Presiden Kumpulan Darul Ehsan Bhd Abdul Karim Munisar.

Menurut kertas pertuduhan, dia didakwa menipu Abdul Karim dengan memperdayakannya supaya mempercayai bahawa sekretariat Pakatan Rakyat sedang mencari penaja bagi sambutan 100 hari pakatan pembangkang itu memerintah dan dengan curangnya mendorong beliau untuk memberi kepadanya RM50,000 sebagai sumbangan, di Gardenia Coffee House Hotel Quality di Shah Alam pada 4 Jun 2008.

Bagaimanapun, panel itu menolak rayuan pendakwaan dan mengekalkan pembebasan Mohd Yahya atas pertuduhan kedua menggunakan dokumen palsu iaitu ‘Resolusi Pembukaan Akaun bagi Parti Keadilan Rakyat Selangor”, sebagai tulen di sebuah bank di Bandar Sunway pada 14 Mei 2008.

Keputusan sebulat suara panel hakim itu disampaikan oleh Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Rahman Sebli. Turut bersidang dalam panel itu ialah Hakim Mahkamah Tinggi Harmindar Singh Dhaliwal.

Dalam keputusannya, Abdul Rahman berkata Mahkamah Tinggi adalah betul dalam keputusannya bahawa elemen penipuan telah diwujudkan dan ia (Mahkamah Tinggi) bertindak betul dalam keputusannya bahawa Mohd Yahya bersalah bagi pertuduhan pertama.

Beliau berkata Mohd Yahya tahu bahawa sambutan itu ditaja oleh kerajaan negeri Selangor dan bukan oleh Parti Keadilan Rakyat dan dia menyembunyikan maklumat itu daripada Abdul Karim.

Hakim Abdul Aziz memerintahkan Mohd Yahya supaya memulakan hukuman penjaranya hari ini. Mohd Yahya diikat jamin RM15,000 sementara menunggu rayuannya itu diselesaikan.

Di dalam kandang tertuduh, Mohd Yahya, 47, yang memakai sut hitam, kelihatan terkejut selepas mendengar keputusan mahkamah.

Pada 27 Jun 2013, Mahkamah Tinggi Shah Alam meminda keputusan Mahkamah Sesyen untuk melepaskannya daripada pertuduhan pertama dan mensabit kesalahan serta menjatuhi hukuman penjara dua tahun dan dua sebatan rotan.

Bagi pertuduhan kedua, dia dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 18 Okt 2013 dan Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan itu.

Mohd Yahya diwakili peguam Ahmad Nizam Hamid manakala Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazilee Abdul Khairi dan Aida Adhha Abd Bakar mewakili pendakwaan. – BERNAMA

Tags: kes tipuKhalid Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jenazah Khalid Ibrahim Selamat Disemadikan Di Makam Diraja Shah Alam

Jenazah Khalid Ibrahim Selamat Disemadikan Di Makam Diraja Shah Alam

01/08/2022
0

Jenazah bekas Menteri Besar Selangor Allahyarham Abdul Khalid Ibrahim selamat disemadikan di Makam Diraja Shah Alam kira-kira 2.30 petang tadi....

Khalid Ibrahim Sedia Bantu Kerajaan

04/03/2020
0

BEKAS Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan kesediaannya membantu kerajaan baharu jika khidmatnya diperlukan. Abdul Khalid berkata,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd