• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bedak Talkum Punca Sakit Barah? Ini Penjelasan KKM

oleh Ahmad Albab
11/03/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan media antarabangsa dan tempatan baru-baru ini serta kenyataan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada 10 Mac 2016 tentang isu bedak talkum dikaitkan dengan kejadian barah.

Bedak talkum diperbuat daripada talkum yang juga dikenali sebagai hydrated magnesium silicate yang wujud secara semulajadi.

Talkum boleh dikelaskan kepada gred industri dan gred kosmetik/farmaseutikal. Talkum gred kosmetik/farmaseutikal lazimnya lebih tulen dan tidak mengandungi asbestos (bahan yang dipercayai boleh menyebabkan kanser).

Talkum digunakan di dalam sesuatu sediaan kosmetik kerana mempunyai ciri-ciri seperti menyerap kelembapan, agen pelincir, agen penyejuk dan agen pembawa bahan pewangi.

Talkum tidak disenaraikan sebagai bahan larangan di dalam formulasi produk kosmetik. Ia digunakan secara meluas di dalam produk kosmetik di seluruh dunia termasuklah di negara-negara Eropah, Kanada, Amerika dan Asia. Sehingga kini, tiada sebarang kesan advers dilaporkan kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) yang melibatkan isu keselamatan penggunaan bahan tersebut di dalam produk kosmetik.

Bahan 1,4-dioxane yang dinyatakan dalam salah satu artikel berkaitan sudah sedia ada merupakan bahan larangan dalam produk kosmetik.

Manakala, formaldehyde dibenarkan sehingga kepekatan 0.2% sebagai bahan pengawet di dalam bedak talkum. Di samping itu, terdapat juga satu prospective cohort study daripada Women’s Health Initiative (WHI), yang mendapati tiada kaitan di antara penggunaan talkum kosmetik dan risiko kanser ovari.

Bedak talkum bernotifikasi yang dipasarkan di Malaysia oleh syarikat Johnson & Johnson adalah seperti dalam Lampiran 1.

Hasil semakan pada pangkalan data kosmetik bernotifikasi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) mendapati formulasi bedak talkum tersebut mematuhi keperluan yang ditetapkan di dalam Guidelines for Control of Cosmetic Products in Malaysia.

Klik di sini untuk Lampiran 1
http://mrem.bernama.com/mrembm/pdf/LAMPIRAN18783.pdf

Penilaian secara berterusan akan dilakukan oleh KKM terhadap aspek keselamatan, kualiti dan kesahihan tuntutan sesuatu produk kosmetik yang dipasarkan.

Sebarang maklumat terkini yang berkaitan dengan isu-isu keselamatan sesuatu produk akan dinilai dan pihak KKM akan mengambil tindakan regulatori yang sewajarnya jika diperlukan.

KKM juga akan terus prihatin dengan mana-mana kajian semasa yang dikeluarkan dan memantau keadaan dengan teliti untuk sebarang perkembangan terbaru.

Pengguna dinasihatkan untuk menghubungi BPFK di talian 0378835533/5534 atau emel kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau keraguan berhubung perkara ini.

Pengguna juga boleh menyemak status notifikasi produk-produk tersebut melalui laman web rasmi BPFK di http://portal.bpfk.gov.my/.

Tags: bedak talkumKKMpengguna
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd