• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota UMNO Akar Umbi Perlu Fokus Kukuhkan Parti Hadapi PRU14

oleh Ahmad Albab
22/03/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERANG – Anggota dan kepimpinan UMNO di peringkat akar umbi perlu memberi fokus kepada pengukuhan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata mereka perlu memberi keutamaan kepada parti dan bukannya kepada individu tertentu yang mempunyai agenda peribadi.

Mahdzir yang juga Menteri Pendidikan berkata kepimpinan di peringkat akar umbi juga perlu mengatur pelbagai program pengukuhan bagi menyatupadukan anggotanya dan memberi sokongan padu kepada parti.

“Saya yakin 21,300 cawangan UMNO di seluruh negeri memberi sokongan kepada Presiden parti yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bagi menjadikan parti lebih kuat.

“Segelintir ahli dan kepimpinan UMNO yang teragak-agak (dengan kepimpinan sedia ada) agar kembali menyokong parti,” katanya mengulas mengenai surat terbuka oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada ketua cawangan UMNO baru-baru ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Agung UMNO Cawangan-cawangan Bahagian Padang Terap di sini, malam tadi.

Mahdzir yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah berkata walaupun Dr Mahathir berasal dari Kedah, seluruh anggota UMNO tetap menyokong kepimpinan Najib.

“Yang penting solidariti UMNO kepada Najib dan kita menolak Deklarasi Mahathir bersama parti DAP. UMNO Kedah hanya sokong parti dan kepimpinan Najib,” katanya.

Mahdzir yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Terap bersama kepimpinan UMNO Bahagian, Pemuda, Puteri dan Wanita serta jawatankuasa UMNO Cawangan turut melafazkan ikrar taat setia dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada presiden parti.

Dalam ikrar tersebut, lebih 200 anggota dan kepimpinan akar umbi turut menolak sekeras-kerasnya Deklarasi Mahathir yang disertai DAP, Parti Amanah Negara dan PKR pada 4 Mac lepas.

Mereka juga mahu MT UMNO memecat anggota UMNO yang terlibat dalam deklarasi tersebut dengan segera dan turut berikrar untuk berkerja keras bagi memastikan UMNO menang pada PRU14. – BERNAMA

Tags: PRU14UMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ribut Petir Dijangka Berterusan Sehingga Lewat Pagi Ini

Next Post

Keselamatan Perairan Sabah: Polis Marin Wujudkan FOB

Related Posts

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

13/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima nasihat yang diberikan...

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

06/03/2025
2

KUALA LUMPUR: UMNO menegaskan, parti itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penemuan sejumlah besar wang tunai dan jongkong emas di...

Next Post

Keselamatan Perairan Sabah: Polis Marin Wujudkan FOB

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd