• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ancaman Militan Perlu Perhatian Serius – Agong

oleh Ahmad Albab
07/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bertitah perkembangan ancaman militan dan anasir keganasan yang mula menular di negara ini perlu diberi perhatian serius kerana ia boleh menjerumuskan negara dalam kancah ketidakstabilan.

Titah Seri Paduka ancaman keselamatan yang menggugat kesejahteraan negara itu adalah nyata dan perlu ditangani segera.

“Sehubungan itu, Beta menyokong tindakan proaktif melalui pewujudan undang-undang serta mempertingkatkan aset-aset keselamatan bagi mengekang fahaman ekstrem dan penularan ideologi militan,” titah Seri Paduka pada perasmian Mesyuarat Pertama, Parlimen ke-13 di Dewan Rakyat, di sini pada Isnin.

Seri Paduka bertitah penubuhan Agensi Keselamatan Sempadan antara bukti komitmen kerajaan untuk menambah baik infrastruktur, aset dan keperluan keselamatan di sempadan, serta memperkasa kawalan agensi keselamatan di perbatasan negara.

Penyertaan Malaysia dalam penempatan Pusat Serantau Pintas Mesej bagi memerangi keganasan dan jenayah rentas sempadan serta mempertingkatkan usaha membanteras pemerdagangan manusia mendapat pengiktirafan antarabangsa dan membantu memperbaiki kedudukan negara dalam Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat mengenai isu pemerdagangan manusia.

Baginda bertitah pemimpin-pemimpin politik seharusnya memberi contoh teladan yang baik kepada rakyat dan saling bergandingan dalam melahirkan buah fikiran yang bermanfaat demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Baginda turut menyeru semua pihak untuk meraikan ruang dalam sebuah negara demokrasi berperlembagaan dengan berhemah walaupun berbeza pandangan dan bukannya saling menjatuhkan, bermusuhan dan fitnah-memfitnah yang boleh menjerumuskan negara kepada kehancuran.

“Beta menyeru ahli-ahli Yang Berhormat dan rakyat keseluruhannya supaya bersatu serta sayangilah negara ini dengan sentiasa menumpah taat setia yang tidak berbelah bahagi, mempertahan dan melindunginya.

“Elakkan juga daripada memburuk-burukkan negara di mata masyarakat antarabangsa,” titah Seri Paduka.

Dalam pada itu, baginda mahu langkah-langkah memperkukuhkan institusi agama dan kecekapan pelaksanaan undang-undang pentadbiran agama Islam melalui pemerkasaan Mahkamah Syariah, disegerakan. – BERNAMA

Tags: MilitanYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bertitah menasihatkan rakyat supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca panas yang...

KPM Junjung Titah Yang Di-Pertuan Agong

KPM Junjung Titah Yang Di-Pertuan Agong

19/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang menyentuh mengenai pendidikan negara sempena...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd