• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akhbar The Star, Sin Chew Lancar e-akhbar Untuk Sarawak

oleh Ahmad Albab
07/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – The Star dan Sin Chew, masing-masing akhbar terkemuka bahasa Inggeris dan bahasa Cina hari ini melancarkan program e-akhbar mereka sendiri untuk Sarawak.

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem merasmikan majlis yang diadakan di pejabat beliau di sini.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Media Chinese International Limited (MCIL) Tan Sri Sir Tiong Hew King berkata kumpulan beliau dan Star Media Group memutuskan untuk bekerjasama dan membawa e-akhbar mereka untuk membantu generasi muda di negeri ini menguasai kedua-dua bahasa Inggeris dan Cina.

“Kami juga ingin memupuk minat positif untuk membaca melalui sumber yang boleh dipercayai, dipuji dan yang boleh dipercayai, iaitu e-akhbar.

“Malaysia adalah sebuah negara yang unik dengan sejumlah besar penduduknya boleh bercakap dwibahasa namun keadaan ini semakin pudar dan keupayaan untuk menguasai kedua-dua bahasa telah merosot,” katanya dalam ucapan pembukaannya.

Tiong berkata e-akhbar Sin Chew datang dengan edisi pagi pada 6 pagi dan petang pada pukul 6.30 petang setiap hari.

Beliau berkata pada masa ini, ia mempunyai 81,000 pelanggan sejak pelancarannya dua tahun lalu.

Sementara itu, Pengerusi Star Media Group Berhad Datuk Fu Ah Kiow memuji Adenan atas keputusannya untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di negeri ini.

“Langkah anda adalah sangat penting memandangkan gelombang pengaruh globalisasi dan teknologi komunikasi memerlukan penguasaan Bahasa Inggeris,” katanya.

Beliau berkata ramai orang di Semenanjung “benar-benar mendapat inspirasi atas dasar dan nilai-nilai yang dipegang oleh Adenan.”

“Seruan anda untuk kesaksamaan, integriti, keharmonian kaum dan agama amat dipuji dan bergema mendalam dengan The Star Media Group dalam kempen kesederhanaannya menentang ekstremisme,” katanya.

Beliau juga berkata, e-akhbar kumpulan itu kini mempunyai lebih daripada 100,000 pelanggan dan ia masih berkembang. – BERNAMA

Tags: Adenan Satem
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Juruterbang Ugut Biar Pesawat Terhempas Jika Ditinggal Isteri

Next Post

Kuih Gerai Di Siputeh Terdedah Kepada Racun

Related Posts

Namakan Lapangan Terbang Kuching Sempena Adenan

05/04/2017
0

KUCHING - Seorang bekas menteri Sarawak, Tan Sri Leonard Linggi Jugah hari ini mencadangkan supaya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di...

Watson Nyambek Bantu Calon BN PRK Tanjong Datu

12/02/2017
0

KUCHING - Sokongan padu rakyat dan cetusan semangat terus diberikan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Next Post

Kuih Gerai Di Siputeh Terdedah Kepada Racun

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd