• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia Ambil Bahagian Inisiatif Earth Hour

oleh Ahmad Albab
19/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia mengambil bahagian dalam inisiatif Earth Hour dengan menyokong acara alam sekitar tempatan anjuran Free Tree Society untuk menanam anak pokok dan membina penuai air hujan.

Inisiatif Earth Hour ialah kempen seluruh dunia yang dianjurkan oleh Tabung Alam Sedunia (WWF) untuk melibatkan masyarakat secara besar-besaran dengan pelbagai isu mengenai alam sekitar.

AirAsia dalam satu kenyataan hari ini berkata ia telah menggemblengkan lebih 50 sukarelawan diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya Aireen Omar menyertai acara itu, yang merupakan sebahagian daripada kempen #GREEN24 syarikat penerbangan tersebut untuk mendidik orang ramai tentang kesan perubahan iklim serta menyokong langkah memelihara alam sekitar bagi masa depan yang lestari.

Selain acara itu, syarikat penerbangan tersebut berkata, lebih 17,000 kakitangan AirAsia di seluruh dunia juga akan menyertai kempen Earth Hour Day dan menggalakkan komuniti mereka masing-masing memberi tumpuan kepada langkah-langkah menangani iklim.

Earth Hour Day ialah kempen seluruh dunia yang menggalakkan individu, masyarakat, isi rumah dan perniagaan memadamkan lampu-lampu yang tidak penting selama sejam, bermula 8.30 malam sehingga 9.30 malam waktu tempatan pada akhir Mac, sebagai simbol komitmen mereka kepada planet bumi.

AirAsia berkata penyertaannya dalam acara itu meneruskan inisiatifnya sebelum ini pada Januari, apabila ia memulakan lebih 30 aktiviti di pejabatnya di seluruh dunia untuk menggalakkan penjimatan tenaga serta mendidik orang ramai mengenai kesan perubahan iklim.

Ia juga sedang giat berusaha mencari kaedah-kaedah untuk menyuntik faktor kelestarian dalam operasinya, termasuk kejuruteraan, operasi penerbangan dan inisiatif penjimatan bahan api untuk mengurangkan jejak karbonnya.

Free Tree Society ialah pertubuhan bukan kerajaan yang menyokong kehidupan mesra alam sekitar dan penjimatan tenaga.

Kempen alam sekitar tempatannya disenaraikan di laman sesawang rasmi EarthHour Activity Tracker sebagai satu daripada beratus-ratus aktiviti yang diadakan di seluruh dunia bersempena dengan Earth Hour Day. – BERNAMA

Tags: AirAsia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

07/08/2023
0

Pasti ramai antara kita yang pernah mengimpikan untuk suatu hari melancong ke        New Zealand, negara yang memiliki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd