• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adenan Satem Umum Calon Tellian Dan Balingian Esok

oleh Ahmad Albab
18/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUKAH – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak Tan Sri Adenan Satem akan mengumumkan calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Tellian dan Balingian, esok.

Pengumuman itu akan dibuat beliau semasa perasmian Program Sejiwa Senada Bahagian Mukah di Dataran Pehin Setia Raja.

“Saya akan buat pengumuman itu esok,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat Balingian di sini, hari ini.

Majlis yang dihadiri lebih 3,000 orang itu turut dihadiri barisan pemimpin tertinggi parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Pengumuman itu bakal menamatkan spekulasi tentang siapa yang bakal mewakili BN bagi kedua-dua kerusi berkenaan.

ADUN Balingian sekarang, Yusibbnosh Balo dikatakan akan bertanding di Tellian, satu daripada 11 kerusi baharu selepas persempadanan semula tahun lepas.

Bagi kerusi Balingian, dua pemimpin akar umbi PBB di kawasan itu Abdul Yakub Arbi dan Sulaiman Sahari, disebut-sebut bersaing sengit untuk menjadi calon.

Sebelum ini, anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sayap Wanita Pusat PBB Faridah Osman juga disebut-sebut mahu menjadi calon di Balingian namun dijangka tidak berbuat demikian selepas dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri baru-baru ini.

Menjawab soalan pemberita, Adenan yang juga Ketua Menteri Sarawak berkata, cadangan untuk menjadikan 22 Julai sebagai cuti umum akan dibawa ke kabinet pada akhir bulan ini.

Tarikh tersebut adalah bagi memperingati hari kemerdekaan Sarawak dari koloni British. – BERNAMA

Tags: Adenan Satem
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kertas Siasatan Banglo ‘Murah’ Lim Guan Eng Akan Dibuka

Next Post

PM Ucap Tahniah Kepada Michelle Yeoh Dilantik Duta Muhibah UNDP

Related Posts

Namakan Lapangan Terbang Kuching Sempena Adenan

05/04/2017
0

KUCHING - Seorang bekas menteri Sarawak, Tan Sri Leonard Linggi Jugah hari ini mencadangkan supaya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di...

Watson Nyambek Bantu Calon BN PRK Tanjong Datu

12/02/2017
0

KUCHING - Sokongan padu rakyat dan cetusan semangat terus diberikan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Next Post

PM Ucap Tahniah Kepada Michelle Yeoh Dilantik Duta Muhibah UNDP

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd