• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adenan Rakan Seperjuangan Yang Setia – Najib

oleh Ahmad Albab
13/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAU – Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem sebagai rakan seperjuangannya yang beliau boleh bergantung harap untuk menjamin masa depan rakyat Sarawak.

Perdana Menteri berkata beliau mempunyai keyakinan penuh terhadap kepimpinan dan kesungguhan Adenan untuk membangunkan negeri itu.

Justeru, beliau menyeru rakyat negeri Sarawak memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri ke-11 akan datang, sekali gus memberikan mandat besar kepada Adenan untuk terus menerajui kepemimpinan negeri ini.

“Kita jangan dengar hasutan daripada pembangkang kerana pihak pembangkang hanya suka bermain politik kebencian,” katanya ketika berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung Suba Buan, kira-kira 43km dari Kuching, hari ini.

Najib berkata pembangkang hanya menabur perasaan benci terhadap kerajaan dan ia tidak membawa sebarang hasil malah politik BN adalah untuk menyelesaikan masalah rakyat serta membawa kesejahteraan kepada penduduk negeri itu.

Pada majlis itu, Najib meluluskan permohonan penduduk kampung untuk memindahkan Sekolah Kebangsaan (SK) Suba Buan ke lokasi lain berikutan sekolah tersebut sering dilanda banjir sejak hampir 50 tahun.

Katanya, tapak baharu akan dikenal pasti kelak dan apabila siap ia akan menampung murid-murid dari tiga buah kampung, iaitu Kampung Suba Buan, Kampung Suba Baud an Kampung Suba Bandar.

Selain memindahkan sekolah, Najib turut meluluskan pembinaan jambatan konkrit itu bagi laluan ke Kampung Suba Buan. – BERNAMA

Tags: Adenan SatemNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Trak Tentera Terbalik, 2 Anggota Maut 5 Parah

Next Post

Jenazah 4 Beranak Selamat Dikebumi Dalam Satu Liang Lahad

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

Next Post

Jenazah 4 Beranak Selamat Dikebumi Dalam Satu Liang Lahad

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd