• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bergurau Suruh Najib Cari ‘Isteri Iban’, Adenan Mohon Maaf

oleh Ahmad Albab
19/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Tan Sri Adenan Satem memohon maaf jika gurauannya supaya Perdana Menteri mencari seorang isteri daripada kalangan kaum Iban menyinggung mana-mana pihak.

Ketua Menteri Sarawak itu berkata, saranannya kepada Datuk Seri Najib Tun Razak hanyalah satu jenaka dan dibuat mengikut cara berseloroh.

“Malah Perdana Menteri sendiri ketawa. Beliau tahu ia adalah jenaka.

“Tetapi jika ada orang yang tersinggung dengan itu, saya minta maaf dan saya mengemukakan permohonan maaf saya,” katanya di sini pada Selasa.

Ketika berucap pada majlis pelancaran Program Malaysia Inklusif Negara Digital (Minda) di Kuching, Sabtu, Adenan secara berseloroh berkata Najib perlu mencari isteri di kalangan orang Iban.

Bercakap demikian dalam bahasa Iban dan Sarawak, ketua menteri memuji Najib kerana kerap membuat lawatan ke negeri ini dan berseloroh: “Terima kasih, semua pelusuk Sarawak beliau telah pergi. Satu perkara yang belum lagi ialah beliau belum boleh bercakap bahasa Iban.

“Beliau boleh bercakap bahasa Malaysia, Inggeris tetapi tidak Iban. Saya nasihatkan beliau, jika beliau mahu cari isteri baharu, pergi dapatkan orang Iban. Saya hanya bergurau, sekadar gurauan.” – mStar Online

Tags: Adenan SatemNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jumlah Cukai Barang & Perkhidmatan Yang Dikecualikan GST Bernilai RM10 Bilion

Next Post

Media Indonesia Dakwa Baim Wong Bakal Nikah Fathia Latiff?

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

Next Post

Media Indonesia Dakwa Baim Wong Bakal Nikah Fathia Latiff?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd