• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

58 Tak Mengaku Ikut Ajaran Millah Abraham

oleh Ahmad Albab
09/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur – Seramai 58 individu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam, atas pelbagai dakwaan, termasuk mengambil bahagian dalam kepercayaan ajaran Millah Abraham.

Kes bermula jam 9.45 pagi dan berakhir hampir jam 1 tengah hari menyaksikan setiap individu dipanggil dan direkodkan pengakuan mereka oleh Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab.

Semua tertuduh termasuk 12 wanita berusia 20 hingga 59 tahun dibenarkan ikat jamin dan mengambil peguam untuk mewakili diri mereka.

Mahkamah menetapkan lima hari bermula 30 Mei depan untuk perbicaraan.

Pendakwaan dijalankan Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Zainol Rashid Hasin.

Pada 2 Februari lalu, Farzlie Rahmat, 40, Hamatun Mezi Wahab, 49, dan Sehadle Sa’amah, 35, didakwa cuba mengajar perkara berhubung dengan agama Islam iaitu berkaitan (surah al-Maidah ayat 3) tanpa tauliah.

Mereka juga didakwa cuba menjelaskan doktrin berhubung agama Islam yang berlawan dengan hukum syarak dengan mencampuradukkan kefahaman kandungan ayat al-Quran dengan Injil.

Bagi dakwaan cuba mengajar, mereka didakwa mengikut Seksyen 11, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum 18 bulan atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Manakala, bagi perbuatan cuba menjelaskan doktrin, ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4, akta sama yang membawa hukuman denda RM5,000 atau penjara maksimum 18 bulan atau sebatan maksimum enam kali, atau mana-mana kombinasi hukuman jika sabit kesalahan.

Tiga lagi tertuduh iaitu Nor Azri Baharudin, 48; Mohd Halimin Mohd Nasir, 40; dan Mohd Agus Abu Samah, 39; dituduh dengan sengaja membantu satu majlis yang dikendalikan Farzlie, Hamatun Mezi dan Sehadle.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 43(c), akta sama yang membawa hukuman denda RM5,000 atau penjara tidak lebih 18 bulan atau sebat maksimum enam sebatan, atau mana-mana kombinasi hukuman jika disabitkan kesalahan.

Manakala, 52 individu lagi didakwa mengambil bahagian dalam majlis yang diadakan di bilik Sakura, International Youth Centre, Bandar Tun Razak, Cheras dekat sini, pada 8.32 malam, pada 1 Februari lalu. – myMetro Online

Tags: Ajaran Sesatmahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

01/04/2026
0

KLANG -Tertuduh kes individu memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal didakwa di bawah...

Ajaran Sesat Tidak Pernah ‘Tidur’, Terus Dipantau

Ajaran Sesat Tidak Pernah ‘Tidur’, Terus Dipantau

03/01/2026
0

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 14 ajaran difatwakan sesat dikesan masih aktif di negara ini, dengan semuanya berada dalam pemantauan pihak berkuasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd