• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

47 Rakyat Malaysia Terlibat Militan Daesh Di Syria, Iraq

oleh Ahmad Albab
06/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 47 rakyat Malaysia dikesan berada di Syria dan Iraq terlibat dengan kumpulan militan Daesh setakat ini, kata Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata daripada jumlah berkenaan, 30 daripadanya adalah lelaki, sembilan wanita dan lapan kanak-kanak.

“Kesemua mereka merupakan antara 72 individu yang terlibat dengan Daesh sebelum ini,” katanya kepada Bernama.

Menurut Mohamad Fuzi daripada 72 individu itu, seramai 18 orang dilaporkan terkorban ketika menyertai Daesh di Syria manakala tujuh lagi maut kerana terlibat sebagai pengebom bunuh diri pada tahun lepas.

Katanya beberapa individu terlibat dengan kegiatan tersebut telah ditahan dan dituduh di mahkamah.

Sehubungan itu, beliau berkata PDRM mengambil pelbagai langkah mengekang penyebaran fahaman itu di negara ini dengan mengadakan kolaborasi bersama Jabatan Imigresen, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Interpol bagi mengawal pintu masuk negara.

“Sekiranya mereka (pengganas Daesh) balik ke negara asal melalui KLIA, mereka akan ditahan serta-merta dan jika mereka balik melalui jalan lain, PDRM mempunyai mekanisme tersendiri untuk mengesan mereka,” katanya.

Beliau berkata PDRM yang mempunyai profil dan butiran keluarga suspek sentiasa memantau mereka secara dekat.

Sementara itu, pensyarah Pengajian Islam dan Sains Politik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Ahmad El Muhammady berkata masih ramai lagi rakyat negara ini terutama golongan yang tinggal di luar bandar kurang diberi pendedahan mengenai ancaman Daesh.

“Kerajaan harus memainkan peranan mendekati mereka ini dengan turun padang dan menjayakan program taklimat atau memberi motivasi bagi mendedahkan mereka terhadap ancaman Daesh,” katanya. – BERNAMA

Tags: Daesh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

04/08/2023
0

BEIRUT : Kumpulan militan Daesh mengumumkan kematian pemimpinnya, Abu al-Hussein al-Husseini al-Qurashi yang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di barat laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd