• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

33 Pendeposit TH Hilang Peluang Tunai Haji

oleh Ahmad Albab
23/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Tiga puluh tiga pendeposit Tabung Haji (TH) kehilangan peluang menunaikan haji apabila bertindak mengeluarkan semua simpanan selepas terpengaruh dengan persepsi negatif berhubung kedudukan kewangan institusi itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata lebih mendukacitakan, empat daripada mereka berada dalam senarai dipilih untuk ke Tanah Suci dalam tempoh kurang empat tahun sahaja lagi.

“Ini semua akibat keganasan persepsi yang dibina pihak tertentu bagi mempengaruhi masyarakat untuk meragui TH, khususnya keupayaan institusi ini dalam membayar dividen kepada pendeposit.

“Kita telah beri penjelasan berkenaan kedudukan kewangan dan pembayaran dividen tetapi apabila persepsi merebak di media sosial, masyarakat mula menerimanya sehingga mendorong mereka bertindak sedemikian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel pada forum Bicara Persada di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Bertajuk ‘Keganasan Persepsi: Cabaran Terhadap Perpaduan Ummah’, forum itu turut menampilkan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat Dr Khairuddin Aman Razali; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM Prof Datuk Dr Noor Aziah Mohd Awal; Setiausaha Majlis Perundingan Melayu Datuk Dr Hassan Mad dan Pengerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan Muhammad Farhan Khairuddin.

Jamil Khir berkata persepsi yang jelas menyimpang daripada kebenaran itu dibuktikan apabila TH pada awal Februari lepas, mengumumkan bonus pendeposit bagi tahun kewangan 2015 merangkumi 5.0 peratus bonus tahunan dan tambahan bonus haji 3.0 peratus.

Beliau berkata pengumuman tersebut menyebabkan bekas pendeposit terbabit memohon mengembalikan wang yang dikeluarkan untuk disimpan semula di dalam TH bagi membolehkan mereka menunaikan haji melalui institusi itu.

Jamil Khir berkata ia boleh dilakukan tetapi terdapat peraturan harus dipatuhi, antaranya mereka akan dikira sebagai pendeposit baharu dan perlu menunggu dalam tempoh yang lama untuk giliran mengerjakan haji.

“Semalam, dalam mesyuarat bersama pengurusan TH, saya dimaklumkan mulai sekarang tempoh menunggu bagi penyimpan baharu ialah 82 tahun, dan bayangkan jika kita berumur 50 tahun semasa mula menyimpan,” katanya.

Dalam pada itu, Khairuddin berkata isu prestasi kewangan dan keupayaan membayar dividen TH mendorong parti itu mengambil pendirian untuk ‘tidak meruntuhkan’, sebaliknya mengamalkan budaya politik matang sejahtera dengan berusaha mendapatkan maklumat secara terus daripada pihak bertanggungjawab.

Beliau berkata ia bagi memastikan parti itu terhindar daripada tersilap maklumat dan respons kepada maklumat yang mungkin menyebabkan institusi kebanggaan orang Islam itu dipermainkan.

“Untuk itu, saya hubungi Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Pengerusi TH) untuk bertemu, kami dibenarkan, dan saya bersama Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta empat yang lain berkunjung ke TH bagi mendengar maklumat secara langsung daripada Azeez.

“Bila kita mendengar, kita mengambil keputusan…saya bukan nak cerita tentang apa keputusan kami tetapi bagaimana kami berinteraksi dengan maklumat bagi menangani persepsi, manakala keputusan adalah hak masing-masing untuk menilai,” katanya.

Khairuddin yang juga Anggota Parlimen Kuala Nerus, Terengganu, percaya keganasan persepsi harus diuruskan dengan cara Islam, di mana mendapatkan maklumat bagi menguruskan maklumat dan persepsi merupakan cara terbaik dalam menangani kerosakan yang mungkin berlaku. – BERNAMA

Tags: Jamil KhirTabung Haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Iran Sahkan Operasi Janji Benar Sudah Berakhir

Konflik Iran-Israel: TH Teruskan Persiapan Bagi Musim Haji 2024 Seperti Dirancang – Mohd Na’im

14/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah...

Tabung Haji Umum Agihan Keuntungan 3.1 Peratus Bagi 2022

Tabung Haji Umum Agihan Keuntungan 3.1 Peratus Bagi 2022

28/04/2023
0

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan agihan keuntungan 3.1 peratus selepas zakat bagi tahun kewangan 2022. Ikuti Mynewshub: Telegram Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd