• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hukuman Penjara Bekas Isteri Jimmy Shanley Jadi 3 Hari

oleh
02/04/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Hukuman penjara ke atas bekas isteri pengacara, Jimmy Shanley, Nursuhaila Eliani Suhaimi, diputuskan kekal oleh Mahkamah Rayuan Syariah Shah Alam di sini pada Khamis.

Laporan media tempatan menyebut tempoh hukuman tersebut bagaimanapun berjaya dikurangkan kepada tiga hari sahaja, daripada asalnya ialah tujuh hari yang telah diputuskan sebelum ini.

Penghakiman dibacakan oleh Hakim Rayuan Syariah, Datuk Aidi Moktar yang menolak permohonan Nursuhaila Eliani, 29; untuk mengetepikan perintah komital (pemenjaraan).

Beliau memberi alasan Mahkamah Tinggi Syariah telah memberi ruang dan peluang untuk perayu membela diri.

Nursuhaila diarahkan menjalani hukuman bermula hari ini di Penjara Wanita Kajang.

jimmy-shanley-1

Sekitar Januari tahun lalu, Nursuhaila Eliani dijatuhkan hukuman penjara tujuh hari selepas didapati ingkar perintah mahkamah berkaitan hak lawatan dan bermalam anak mereka, Zahrah Rania.

Dia kemudiannya meminta agar hukuman itu ditangguhkan. Jimmy dan Nursuhaila Eliani berkahwin pada 1 Oktober 2010, sebelum sah bercerai pada Oktober 2012.

Pada 7 Mei 2013, Jimmy atau nama sebenarnya, Jimmy Shanley Norjahan Salleh, 35, memfailkan permohonan perintah komital terhadap Nursuhaila Eliani yang didakwa melanggar perintah Mahkamah Tinggi Syariah.

Jimmy Shanley mendakwa masih gagal berjumpa anaknya, walaupun mahkamah pada 8 April 2013 mengeluarkan perintah membenarkan hak lawatan dan bermalam dengan anaknya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Jimmy Shanley
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Dituduh Tak Beri Nafkah Anak, Jimmy Shanley Tunjuk Bukti Resit

05/04/2016
0

KONFLIK yang berlaku antara pengacara dan penyampai radio popular, Jimmy Shanley dengan bekas isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimi nampaknya semakin lama semakin...

Sesen Pun Jimmy Tak Pernah Beri Nafkah Anak! – Bekas Ibu Mentua

01/04/2016
0

PADA Khamis lalu, Mahkamah Rayuan Syariah Shah Alam, Selangor telah memutuskan hukuman penjara terhadap bekas isteri pengacara, Jimmy Shanley iaitu Nursuhaila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd