• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Murid Tahun 1 Dilarikan Pasangan Tidak Dikenali

oleh AK-47
15/02/2025
dalam Hangat, Video Viral
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAKAMAN litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun dilarikan oleh seorang lelaki dan perempuan dalam kejadian di Jalan Astana, Petra Jaya, Kuching, Sarawak menjadi viral di media sosial.

Dalam kejadian pada jam 1 tengah hari semalam, kanak-kanak terbabit, Haiqal Haqimi Suhini dilarikan ketika bermain di perlarangan rumah neneknya, seperti yang dilaporkan portal berita akhbar arus perdana.

Menerusi rakam video yang diambil di sebuah premis berhampiran, menunjukkan Haiqal dihampiri oleh seorang wanita bertudung yang membawanya ke bahu jalan sebelum ditahan sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki yang kemudian membawanya pergi entah ke mana.

Kehilangan Haiqal itu disedari oleh keluarganya tidak lama kemudian. Bapanya, Suhini Abdullah, 36, membuat laporan polis pada jam 9.45 malam tadi selepas menerima salinan rakaman CCTV tersebut.

budak
Haiqal Haqimi Suhini, 7 tahun.

Difahamkan, polis kini sedang giat mengesan dua suspek berkenaan dengan menyebarkan gambar kanak-kanak tersebut di setiap balai polis di seluruh negara.

Sementara itu, ahli keluarga dan saudara mangsa giat memohon bantuan orang ramai mengesan kanak-kanak terbabit.

“Andai kata orang yang membawa Haiqal itu berniat mahu menolong, sila hubungi saya dengan segera. Kami sekeluarga sedang menunggu Haiqal.

“Video ini mungkin tidak berapa jelas. Sesiapa yang ada maklumat, sila hubungi kami segera,” kata Bella Luna Shaimi, ibu saudara mangsa yang memuat naik video rakaman di laman sosial.

Ketika dilarikan, mangsa berpakaian kemeja-T biru muda berkolar hitam dengan tulisan Manchester City dan berseluar sukan sekolah biru tua.

Kepada anda yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini, boleh memaklumkan di balai polis berhampiran atau menghubungi talian 082-244444. – MYNEWSHUB.CC

Tags: CCTVculikKuching
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pendakian Gunung Nuang Diselamatkan Dua Anjing Ini

Next Post

RM800j Tuntutan Semula GST Tidak Dibayar Kerana Maklumat Diragui

Related Posts

Culik Pemilik Kedai Emas, Polis Buru 4 Suspek

Culik Pemilik Kedai Emas, Polis Buru 4 Suspek

28/05/2025
0

KOTA BHARU: Polis masih memburu empat suspek dipercayai terbabit dalam kes culik pemilik kedai emas di Tumpat pada 20 Mei...

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua warga China yang juga pelajar sebuah universiti di Singapura hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini,...

Next Post

RM800j Tuntutan Semula GST Tidak Dibayar Kerana Maklumat Diragui

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd