• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presiden Maldives Tiba Untuk Lawatan 2 Hari Ke Malaysia

oleh Ahmad Albab
28/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Presiden Maldives Abdulla Yameen Abdul Gayoom tiba di sini hari ini untuk memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia.

Ketibaan Abdulla Yameen, yang diiringi oleh isteri Fathimath Ibrahim, di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) disambut oleh Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid selaku menteri pengiring.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Luar Datuk Reezal Merican Naina Merican.

Menurut kenyataan Wisma Putra, lawatan Abdulla Yameen ialah atas undangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini merupakan lawatan sulungnya ke Malaysia sejak menjadi presiden pada November 2013.

Abdulla Yameen dan Fathimath dijadualkan mengadakan pertemuan dan menghadiri majlis makan malam dengan masyarakat Maldives di Kuala Lumpur malam ini.

Esok, mereka akan diberi sambutan rasmi dan Abdulla Yameen akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Najib di Putrajaya.

Najib dan Abdulla Yameen dijangka membincangkan mengenai hubungan dan kerjasama dua hala yang sedia terjalin serta mengenal pasti kerjasama dalam bidang-bidang yang berpotensi, kata kenyataan itu.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dijadualkan menghoskan majlis makan tengah hari secara rasmi di Seri Perdana esok bagi meraikan Abdulla Yameen dan Fathimath.

Malaysia dan Maldives menikmati hubungan yang mesra dan meluas dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, pelancongan dan bantuan teknikal yang memberi manfaat bersama kepada kedua-dua negara.

Abdulla Yameen dan delegasi akan berlepas ke Singapura petang esok. – BERNAMA

Tags: Presiden Maldives
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Bertemu Presiden Maldives

31/05/2016
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan pertemuan dengan Presiden Maldives, Abdulla Yameen Abdul...

Najib Rai Presiden Maldives Pada Jamuan Tengah Hari

29/03/2016
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor meraikan Presiden Maldives Abdulla Yameen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd