• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terus Bersuara Untuk Rakyat Walaupun Adun Bebas

oleh Ahmad Albab
28/03/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Bekas Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Goh Leong San yang juga Anggota DUN (Adun) Duyong menegaskan akan terus bersuara untuk rakyat walaupun menjadi Adun bebas dan tidak lagi mewakili DAP dalam persidangan dewan berkenaan.

Goh berkata beliau telah digantung keahlian dalam parti DAP selama setahun bermula awal Februari lepas.

“Tiada apa-apa (perancangan dalam tempoh penggantungan itu) hanya bersuara untuk rakyat, hanya buat kerja sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita di luar Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka di sini hari ini.

Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Othman Muhamad hari ini mengumumkan Goh kini Adun bebas dan Adun Ayer Keroh Khoo Poay Tiong adalah Ketua Pembangkang DUN Melaka yang baharu.

Ditanya soalan adakah Goh akan menyokong DAP selepas tempoh pengantungan itu, beliau hanya menjawab : “terpulanglah”.

Menjawab pertanyaan sama ada beliau akan cenderung menyokong kerajaan atau pembangkang pada Persidangan DUN Melaka, beliau menjawab: “cenderung kepada rakyat,”.

Mengulas mengenai kedudukan kerusi beliau dalam persidangan itu yang bersebelahan Adun Bukit Baru Dr Khalid Kassim daripada PAS, beliau menjawab : “Ya, tempat itu selamat… tiada tikam belakang”.

Sementara itu, Khoo ketika ditemui pemberita berkata keputusan Goh untuk menjadi Adun bebas dalam persidangan itu adalah atas pilihan Goh sendiri dan DAP tidak memaksanya berbuat demikian.

Beliau berkata Goh digantung keahliannya atas sebab disiplin dan tiada kena mengena dengan dakwaan sesetengah pihak bahawa terdapat krisis antara Goh dengan kepimpinan DAP pusat.

“(Adun) Duyong (Goh) hanya digantung parti selama setahun, selepas setahun pulih semula sebagai ahli DAP,” katanya.

Ditanya mengenai keadaan hubungan antara beliau dan Goh sekarang, Khoo berkata semua Adun DAP matang dalam melaksanakan tugas untuk rakyat. – BERNAMA

Tags: adun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadangkan memotong gaji semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketua Pemuda UMNO, Datuk...

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd