• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Khairuddin Penipu, Dia Dalang Hancurkan Keluarga Anwar Dulu”

oleh AK-47
30/03/2016
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGASAS Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard menyelar tindakan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan yang memberitahu pihak media bahawa Anwar Ibrahim meminta bantuannya untuk memulihkan hubungan keluarga beliau dengan Dr Mahathir.

Menerusi satu posting di Facebook hari ini Chegubard berkata, kenyataan tersebut adalah satu penipuan kerana Khairuddin sudah lama dikenali sebagai ‘kaki pusing’ dan ‘kaki black mail’.

chegubard

Tambahnya, Khairuddin yang baru kini mengaku sepupu Anwar adalah invidu yang menerbitkan buku “50 Dalil” yang menghuru harakan negara dan hampir hancurkan keluarga Anwar satu waktu dahulu.

Selain itu Khairuddin juga merupakan individu yang menguruskan saksi-saksi untuk pertuduhan Kes Liwat kali pertama ke atas Anwar.

Chegubard turut mempertikaikan siapa membayar hutang Khairuddin yang diisytiharkan muflis oleh mahkamah apabila beliau kini sudah boleh ke luar negara dan memandu kereta mewah.

“Dia ni dikenali sebagai kaki pusingnya dan ‘black mail’. Baru ni dia bankrap sebab meniaga “buluh kasap, dapat hujung pangkal lesap”. Bila bankrap nak guna title jawatan dalam Umno dapat bantuan  malangnya Najib tak pedulikan dia maka dia bijak hidu peluang pergi ke Mahathir jadi hero.

“Mahkamah istihar dia muflis tapi siapa bayar hutang bank dia yang banyak tu tiba-tba dapat balik pasport untuk ke luar negara? Muflis tapi berjalan mewah keliling dunia hanya kerana jadi hero Mahathir malah dia sekarang bawa kereta mewah Mahathir ke hulu ke hilir,” tulis Chegubard.

Tambahnya, Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak akan hadir program yang dihadiri Mahathir esok dan para penyokong Anwar diharapkan faham itu adalah isyarat (pendirian) keluarga Anwar.

BACA: Zahid Serah Kepada Polis Pantau Perhimpunan Tertutup Esok

“Mahathir hanya gunakan keadaan ini untuk kehendaknya ditunaikan. Lepas itu dia akan pijak pembangkang semula,” kata Chegubard.

Dalam satu kenyatan kepada portal pro-pembangkang Khamis lalu, Khairuddin yang merupakan sepupu Anwar mendakwa ada bertemu mantan Ketua Pembangkang tersebut selama 10 minit sewaktu di penjara. Ketika pertemuan tersebut Anwar dikatakan meminta bantuannya untuk memulihkan kembali hubungan keluarga beliau dengan Mahathir. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

Tags: ChegubardKhairuddin Abu Hassan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwa Rasuah: Chegubard Direman Dua Hari

Dakwa Rasuah: Chegubard Direman Dua Hari

29/07/2024
0

Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini membenarkan Badrul Hisham Shaharin diremah selama dua hari bagi membantu siasatan polis terhadap dakwaan rasuah...

Eksploitasi Jual Kerepek, Keropok: 12 Diselamatkan, 8 Ditahan

Istana Negara Buat Laporan Terhadap Che’gubard

24/01/2024
0

Kuala Lumpur: Satu laporan polis dibuat berhubung kenyataan Che'gubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin berhubung dakwaan tiga wakil Perikatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd