• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Gubal Dasar Konkrit Mengenai Penggunaan Tanah

oleh Ahmad Albab
26/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kerajaan Negeri Sarawak telah menggubal satu dasar penggunaan tanah yang konkrit dengan mengambil kira semua aspek pembangunan ekonomi, kesejahteraan sosial, keseimbangan alam sekitar dan integriti.

Dasar ini meliputi tiga sektor utama iaitu perhutanan, pertanian dan penggunaan lain bagi tanah, kata Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Menurut beliau, bagi perhutanan, kerajaan negeri menyasarkan kawasan seluas enam juta hektar akan dijadikan Estet Hutan Kekal (PFE) dan satu juta hektar dijadikan Kawasan Perlindungan Penuh (TPA).

“Setakat ini, kami berjaya menjadikan kira-kira 4.35 juta hektar atau 72.5 peratus daratan sebagai PFE, manakala bagi TPA, kami mencapai kejayaan melibatkan kawasan kira-kira 0.85 juta hektar,” katanya ketika merasmikan sambutan Hari Hutan Sedunia peringkat kebangsaan di sini hari ini.

Beliau berkata Sarawak mempunyai undang-undang dan sistem sendiri untuk mengurus hutannya, manakala Ordinan Hutan merupakan undang-undang berkaitan perlindungan dan pengurusan hutan serta untuk mengawal selia pengeluaran hasil hutan.

Tanah hutan yang dikhususkan sebagai TPA dan meliputi taman negara, rezab semula jadi dan santuari hidupan liar, diurus di bawah Ordinan Taman Negara dan Rezab Semulajadi 1998 serta Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998.

“Kerajaan negeri telah mengisytiharkan perang terhadap pembalakan haram serta mengkaji semula dan memansuhkan Ordinan Hutan, 1958 untuk mewujudkan langkah berkesan terhadap aktiviti haram di hutan kami.

“Ordinan Hutan baharu (Cap 71), 2015 digubal bagi mewujudkan hukuman lebih berat untuk kesalahan berkaitan hutan, memperkemaskan peruntukan berkaitan rampasan dan pelupusan balak haram dan semua peralatan, jentera, bot atau kenderaan yang digunakan dalam melakukan kesalahan berkenaan, di samping memberi kuasa lebih besar kepada agensi penguatkuasaan bagi menyiasat kesalahan serta memudahkan urusan penyiasatan,” katanya.

Beliau berkata agensi penguatkuasaan kerajaan, yang diterajui Jabatan Perhutanan Sarawak, telah mengambil beberapa inisiatif dan tindakan tegas bagi memerangi pembalakan haram.

Sejak mengmbil alih jawatan Ketua Menteri pada 2014, Adenan tidak jemu-jemu berusaha untuk mengekang aktiviti pembalakan haram, hingga membawa kepada 241 kes dibongkar dan balak sejumlah 90,873 meter padu dirampas pada 2014.

Kata beliau, jumlah kes yang menurun kepada 208 dan hanya 47,060 meter padu balak dirampas pada 2015, menunjukkan bermulanya penamatan terhadap aktiviti pembalakan haram secara berleluasa.

Menurut beliau, 33 kilang papan terpaksa ditutup kerana tidak lagi mendapat bekalan balak secara murah dan setakat ini, lapan orang disabitkan kesalahan serta dikenakan hukuman kerana melakukan pelbagai kesalahan berkaitan hutan, manakala 27 suspek ditangkap pada 2015.

Adenan berkata beliau yakin dengan keberkesanan pengurusan hutan lestari dan dengan itu mewajibkan enam syarikat besar di negeri ini supaya mempunyai sekurang-kurangnya satu Unit Pengurusan Hutan masing-masing yang diperakukan badan pensijilan bertauliah menjelang 2017 sebagai langkah untuk memelihara sumber hutan secara berterusan.

Menurut beliau, setakat ini, pemegang 33 lesen pembalakan hutan melibatkan kawasan seluas kira-kira 2.5 juta hektar membayangkan hasrat mereka untuk diperakukan.

Katanya, manfaat daripada hutan pada masa akan datang dijangka melampaui aktiviti pembalakan, termasuk peluang untuk mengubah pergantungan terhadap pengeluaran balak kepada perkhidmatan ekosistem sebagai sumber baharu kekayaan bagi Sarawak. – BERNAMA

Tags: Adenan Satem
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video Klip ‘Shake Shake You All’ Aura White Dikritik Netizen

Next Post

Fafau Tak Kisah Tak Lagi Tercalon Pengacara Popular

Related Posts

Namakan Lapangan Terbang Kuching Sempena Adenan

05/04/2017
0

KUCHING - Seorang bekas menteri Sarawak, Tan Sri Leonard Linggi Jugah hari ini mencadangkan supaya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di...

Watson Nyambek Bantu Calon BN PRK Tanjong Datu

12/02/2017
0

KUCHING - Sokongan padu rakyat dan cetusan semangat terus diberikan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Next Post

Fafau Tak Kisah Tak Lagi Tercalon Pengacara Popular

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd