• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cari Titik Persamaan Perkasakan Lagi Perpaduan Kaum

oleh Ahmad Albab
26/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata perpaduan kaum di negara ini perlu diperkasakan lagi mereka menerusi titik-titik persamaan masyarakat majmuk itu.

Beliau berkata perpaduan kaum bukanlah sekadar ‘tempelan’, tetapi diperkasakan menerusi hati dan pemikiran yang lebih terbuka.

“Soal perpaduan dan soal kejiranan bukan lagi sesuatu yang bersifat sementara seperti menyertai majlis keraian, hari sukan dan kenduri. Ia perlu disertai dengan hati dan pemikiran yang lebih terbuka,” katanya pada majlis Perhimpunan Rukun Tetangga 1Malaysia 2016 di Taman Tasik Titiwangsa di sini.

Beliau berkata generasi baharu kini juga perlu dipupuk dan dididik dengan perasaan cinta dan menghormati semua kaum, bangsa dan agama.

“Saya harap agar dapat generasi baharu dapat digembleng untuk mewujudkan perpaduan. Sesuatu harus dilakukan dan perubahan secara holistik mesti diperkasakan agar perpaduan di negara ini dapat dikecapi,” katanya.

Beliau berkata Rukun Tetangga juga perlu dijenamakan semula sebagai instrumen untuk memperkasakan perpaduan seiring dengan perkembangan semasa.

Katanya pengisian Rukun Tetangga perlu diubah dengan memberi penekanan terhadap aspek kepedulian dan bukan hanya tertumpu kepada interaksi semata-mata.

Turut hadir pada majlis perhimpunan berkenaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup dan lebih 7,000 komuniti Rukun Tetangga dari seluruh negara. – BERNAMA

Tags: Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd