• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Banglo: LGE Dan Phang Akan Dipanggil Beri Keterangan

oleh Ahmad Albab
25/03/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis akan mengambil keterangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan pemilik asal banglo di Jalan Pinhorn, Georgetown Phang Li Koon dalam masa terdekat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan selepas menerima laporan polis daripada pelbagai pihak berhubung isu penjualan banglo itu.

Menurutnya, siasatan yang dilakukan pihaknya berbeza dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana siasatan polis menjurus kepada perakuan palsu.

“Kita telah mulakan siasatan dan akan panggil saksi-saksi yang terlibat termasuk Lim dan Phang pada bila-bila masa,” katanya pada sidang media selepas Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-209 di Pulapol, di sini, hari ini.

Pada persidangan Dewan Rakyat Khamis lepas, Datuk Shabudin Yahaya (BN-Tasek Gelugor) yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, meminta Jabatan Penilaian dan Pembangunan Harta membuat penilaian berhubung hartanah berharga RM2.8 juta yang dibeli oleh Lim, yang juga Anggota Parlimen Bagan, di Jalan Pinhorn, sedangkan nilai semasa rumah itu adalah lebih RM3 juta.

Shabudin turut meminta SPRM menyiasat dakwaan penjualan beberapa lot tanah di Pulau Pinang yang dikatakan asalnya diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin.

Phang pula dalam akuan berkanunnya pada Selasa lepas menyatakan dia menjual banglo itu atas dasar rela hati antara pembeli dan penjual pada harga RM2.8 juta, yang dipersetujui melalui perjanjian bertarikh 23 Jun 2014.

Menurut Phang, penjualan rumah itu tidak memberinya sebarang manfaat daripada kerajaan negeri, dan beliau tidak ditekan atau dipaksa atau telah dipengaruhi dengan cara yang tidak sewajarnya oleh ketua menteri atau mana-mana pihak supaya menjual rumah berkenaan.

Rabu lalu, SPRM menerima lapan aduan daripada pelbagai pihak berhubung isu pembelian banglo berkenaan. – BERNAMA

Tags: khalid abu bakarLim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Ahli Parlimen Bagan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng, menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd