• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peserta PABM 2016 Berkunjung Ke Dewan Bahasa & Pustaka

oleh AK-47
26/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARA peserta pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2016 dibawa ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, pada Jumaat bagi menghadiri lawatan ilmiah.

Program yang dilakukan adalah bertujuan untuk mengenali dengan lebih dalam asal-usul bahasa Melayu serta cara-cara untuk mengembangkan lagi pengguna bahasa tersebut mengambil konsep lawatan sambil belajar.

Acara dimulakan dengan serangkap pantun daripada pihak DBP ketika menyampaikan ucapan alu-aluan yang kemudiannya disusuli tepukan gemuruh daripada hadirin.

pabm5

Selepas selesai sesi pengenalan daripada pengacara, wakil daripada DBP, Abang Patdeli Abang Muhi memberikan ucapan kepada semua peserta PABM 2016 yang hadir.

Beliau menerangkan bahawa tanggungjawab mereka adalah untuk membina dan mengembangkan bahasa Melayu, termasuk membakukan ejaan dan sebutan, serta membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.

pabm4

Umumnya ujar beliau lagi, bahasa Melayu adalah bahasa yang begitu mudah dipelajari disebabkan penggunaan sistem ejaan syllables.

Program diteruskan lagi dengan lawatan ke bahagian pameran pencetakan, dengan peserta berpeluang melihat pelbagai jenis buku yang dikeluarkan DBP sama ada dari cetakan yang lama serta baharu.

Peserta juga berpeluang mengenali berbagai-bagai jenis majalah terbitan DBP iaitu majalah Pelita Bahasa, Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Pelajar dan lain-lain.

Majlis diakhiri dengan pemberian cenderahati dan jamuan ringkas yang diadakan di tingkat tertinggi menara DBP dengan peserta PABM dapat menyaksikan pemandangan indah sekitar bandar raya Kuala Lumpur.

pabm2

pabm3

Jngan lupa saksikan secara langsung acara kemuncak PABM 2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam ini menampilkan sembilan peserta dari dalam dan luar negara menerusi tiga katergori yang dipertandingkan. -  MYNEWSHUB.CC

Tags: DBPPABM 2016
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sanusi Kecewa DBP Tak Datang Majlis Kerana Kedah Negeri Pembangkang

Sanusi Kecewa DBP Tak Datang Majlis Kerana Kedah Negeri Pembangkang

15/12/2022
0

ALOR SETAR : Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kecewa dengan sikap seorang pegawai kanan Dewan Bahasa...

Awang Sariyan ‘Pulang’ Ke DBP

27/05/2020
0

KUALA LUMPUR - Bagai sirih pulang ke gagang, begitulah reaksi persatuan kesusasteraan tanah air mengenai pelantikan tokoh bahasa dan persuratan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd