• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kahwin Gadis Muda Jadi Bahan Jenaka, Ismail Anggap itu Dugaan

oleh AK-47
26/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BARU-BARU ini, beberapa keping gambar yang memaparkan perkahwinan seorang lelaki tua bersama gadis berusia 18 tahun telah tersebar seterusnya menjadi perbualan hangat netizen di laman-laman sosial.

BACA: “Hina Sangat Ke Kahwin Dengan Orang Tua?”

Walaupun perkahwinan pasangan ini dianggap menarik bagi segelintir pihak namun mereka juga tidak terlepas daripada komen-komen negatif termasuklah dijadikan bahan jenaka ramai.

Situasi itu juga telah mengundang amarah si isteri iaitu Nur Nasirah Nazri, yang bertindak menegur tindakan sebuah laman fan page Facebook yang telah mempersendakan perkahwinannya itu.

2-5
Nur Nasirah Nazri, 18, dan suaminya Ismail Lambak, 62.

Sementara itu, suami kepada Nasirah, Ismail Lambak memberitahu, dia sudah dapat menjangkakan tohmahan orang ramai mengenai perkahwinannya itu.

“Tiada apa yang luar biasa tentang perkahwinan kami. Bagaimanapun seperti yang saya jangkakan pasti ada pelbagai tohmahan daripada orang ramai,” kata Ismail kepada Harian Metro.

Menurut lelaki berusia 62 tahun ini, perkahwinan bersama gadis pilihannya itu berlangsung secara tertutup pada minggu yang lalu kerana mahu menyembunyikan majlis tersebut.

“Saya jemput ahli keluarga terdekat saja, tetapi ada pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar perkahwinan saya dan isteri di laman sosial.

“Gambar kahwin kami tersebar di Facebook, tetapi saya pun tidak membacanya kerana tidak mempunyai akaun laman sosial itu,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, Ismail memilih untuk menganggap apa yang berlaku itu adalah dugaan dan dia berserah segalanya kepada Allah SWT. – MYNEWSHUB.CC

Tags: perkahwinan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kekasih Tolak Perkahwinan, Wanita Larikan Barang

Kekasih Tolak Perkahwinan, Wanita Larikan Barang

15/11/2023
0

AMPANG JAYA: Berang kekasih enggan berkahwin, seorang wanita dipercayai mencuri pelbagai barangan rumah milik teman lelakinya itu yang dianggarkan bernilai...

Terengganu Anjur Semula Perkahwinan Percuma

Terengganu Anjur Semula Perkahwinan Percuma

02/07/2022
0

KUALA TERENGGANU: Selepas dua tahun terhenti akibat pandemik COVID-19, kerajaan Terengganu akan menganjurkan semula Majlis Walimatulurus Perdana untuk membantu bakal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd