PELAKON berhijab yang semakin mendapat perhatian setelah membintangi drama Cinta Si Wedding Planner, Mira Filzah memberitahu ada dalam kalangan peminatnya di laman Instagram cuba memikat hatinya.
Lebih drastik, Mira mendedahkan ada yang meluahkan hasrat mahu memperisterikan dirinya dengan ingin masuk meminang secara serius.

“Ada yang cuba mengurat tapi dalam e-mel pun ada. Sehinggakan ada yang betul-betul nak meminang secara serius dengan siap bagi resume tunjukkan dia kerja apa semua itu.
“Tetapi saya anggap perkara ini biasa, mungkin kita dikenali,” ujarnya.
Dalam pada itu, pelakon berusia 23 tahun ini memberitahu, buat masa ini dia mahu memberi fokus kepada kerjayanya terlebih dahulu.
“Buat masa ini tidak ada masa untuk bercinta lagi kerana saya cukup sibuk dengan kerja. Jadi biarlah saya fokus pada kerjaya dahulu,” katanya yang ditemui di Majlis Pengumuman Finalis Anugerah Bintang Popular 29 (ABPBH 29).
Pada majlis tersebut, Mira Filzah turut tercalon sebagai finalis top 5 bagi kategori Artis Baharu Wanita Popular.
Sebelum ini, Mira pernah dikaitkan dengan pelakon Syarul Ridzwan. Bagaimanapun, gadis ini menyangka hubungan cinta yang pernah terjalin antara mereka. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Roti Kaya!
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=SpYeKalwGDI]