• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ditahan Larikan Wanita Kemboja

oleh Ahmad Albab
23/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Ipoh – Lima lelaki termasuk seorang warga Bangladesh ditahan selepas melarikan

wanita Kemboja berusia 19 tahun dihadapan kedai serbaneka di Jalan Mustapha Al Bakri, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 7.28 malam itu, mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai dilarikan kumpulan lelaki berusia antara 21 hingga 49 tahun yang menaiki dua kenderaan ketika membeli barangan di kedai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada 7.45 malam daripada orang awam dan kemudian majikan mangsa berusia 38 tahun turut membuat laporan di Balai Polis Pekan Baru, di sini.

Menurutnya, susulan itu gerakan mengesan mangsa dan suspek dijalankan termasuk dengan bantuan kumpulan sukarelawan awam.

“Pada 8.30 malam, kumpulan lelaki yang melarikan wanita Kemboja itu berjaya dikesan di Plaza Tol Ipoh Selatan dan polis serta pasukan sukarelawan berjaya memintas dan menahan kenderaan mereka.

“Tangkapan membabitkan empat lelaki tempatan dan seorang lelaki Bangladesh bersama kenderaan jenis Nissan X-Trail serta Proton Persona dan wanita yang dilarikan turut berjaya diselamatkan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini tengah malam tadi.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati semua suspek yang ditahan bekerja dengan sebuah agensi pekerja asing di Johor dan motif kejadian dipercayai mempunyai kaitan dengan pekerjaan mangsa.

“Siasatan lanjut masih dijalankan, namun difahamkan mangsa mungkin melarikan diri daripada agensi tempat suspek bekerja serta dikatakan cuba memujuk pekerja lain meninggalkan agensi terbabit.

“Kes setakat ini disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang dengan salah,” katanya. – myMetro Online

Tags: kes culikwarga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

Op Noda: 87 Premis Digempur Seluruh Negara, 215 GRO Warga Asing Ditahan

Op Noda: 87 Premis Digempur Seluruh Negara, 215 GRO Warga Asing Ditahan

25/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggempur 87 premis hiburan seluruh negara melalui Op Noda yang dijalankan Jumaat dan Sabtu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd