• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Terbaharu, 5 Kes Strok Haba Dilaporkan Setakat Ini

oleh Ahmad Albab
24/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan menerima 29 laporan masalah kesihatan berkaitan cuaca panas melampau termasuk dua kes terbaru strok haba, kata Menterinya Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Beliau berkata kes terbaru strok haba itu masing-masing dilaporkan di Kedah dan Perak dan dengan ini menjadikan jumlah kes strok haba kepada lima setakat ini.

Katanya sebelum ini dua kes strok haba dilaporkan di Selangor manakala satu kes di Johor melibatkan kematian pesakit.

“Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai agar mengelak melakukan aktiviti di luar bangunan dan aktiviti fizikal intensif terutamanya pada siang kerana kebanyakan kes strok haba dan keletihan strok berpunca daripada aktiviti fizikal intensif,” katanya selepas majlis pelancaran Pusat Penilaian Risiko bagi Keselamatan Makanan ASEAN di sini Selasa.

Minggu lepas, seorang pelatih di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Segamat menjadi mangsa pertama yang meninggal dunia akibat strok haba setelah pitam semasa menjalani latihan di trek padang tertutup.

Ketika diminta mengulas laporan bahawa Britain akan memperkenalkan levi gula bagi minuman ringan dalam tempoh dua tahun lagi, Dr Subramaniam berkata kajian terperinci perlu dilakukan termasuk dari segi bukti saintifik sekiranya levi gula mahu diperkenalkan di negara ini.

“Sekiranya hasil kajian mendapati ia akan mengurangkan penggunaan gula, dengan itu kerajaan boleh pertimbangkan, dan kerajaan boleh kenal pasti tahap yang perlu dikenakan cukai. Tidak guna mengenakan cukai tetapi penggunaan gula tidak berkurangan, sebaliknya meningkat,” katanya.

Secara keseluruhannya, Dr Subramaniam berkata kesedaran tentang tahap pengambilan gula dalam kalangan rakyat Malaysia telah mencatatkan peningkatan ketara dengan pengambilan gula semakin berkurangan berbanding sebelum ini kecuali bagi minuman ringan. – BERNAMA

Tags: Dr S. Subramaniamstrok haba
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Minta Orang Ramai Waspada Cuaca Panas

KKM Minta Orang Ramai Waspada Cuaca Panas

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta orang ramai supaya berwaspada dan lebih peka berikutan cuaca panas...

Shah Rukh Khan Dikejarkan Ke Hospital Akibat Strok Haba

Shah Rukh Khan Dikejarkan Ke Hospital Akibat Strok Haba

23/05/2024
0

NEW DELHI - Aktor tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan, 59, dikejarkan ke Hospital Ahmedabad, Gujarat, India akibat strok haba dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd