• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berpisah Sejak 1976, Pengantin Baharu Diraikan Rakan Sekolah

oleh Ahmad Albab
24/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Selepas hampir 40 tahun berpisah sebagai rakan sekolah, Awang Cucu Amin dan Noraini Abd. Rahman disatukan dalam ikatan perkahwinan.

Lebih menarik majlis perkahwinan pasangan yang berusia 57 tahun itu, dianjurkan di rumah rakan mereka, Rosli Wan Su, di Kampung Alur Lintang, di sini semalam, dan turut dihadiri 160 bekas pelajar Sekolah Menengah Nasiruddin Shah, Besut.

Awang Cucu, yang berasal dari Membakut, Sabah, bertemu isterinya di sekolah itu semasa tingkatan satu pada 1972 selepas terpilih mengikuti program khas kerajaan negeri Sabah yang menghantar 16 pelajar cemerlang untuk belajar di Semenanjung.

“Semasa belajar di sini, saya ditempatkan satu kelas dengan Noraini dan kadangkala saya mendapatkan bantuannya untuk membiasakan diri menimba ilmu di sini,” kata pesara Jabatan Kerja Raya Sabah itu kepada Bernama hari ini.

Menurut Awang lagi, perkenalannya itu hanya sebagai kawan biasa hingga mereka berpisah selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 1976 dan beliau kembali ke Sabah.

“Kami membawa haluan masing-masing dan saya mula bekerja di Sabah manakala Noraini pula bertugas dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat di Terengganu.

“Tanpa disangka-sangka saya bertemu semula Noraini dalam satu majlis pada tahun 2014 dan dari situ cinta saya berputik semula. Saya kerap berhubung menerusi WhatsApp hinggalah membawa kami ke jinjang pelamin,” kata Awang Cucu lagi.

Beliau yang belum pernah beristeri bersyukur kerana dapat memperisterikan Noraini yang juga kebetulan belum pernah berkahwin.

Mengetuai rakan-rakan sesi persekolahan tahun 1972 hingga 1976 itu ialah Dekan Kanan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun, Prof. Azmi Che Hamid. – BERNAMA

Tags: pengantin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengantin ‘Sempoi’ Guna Brokoli, Butang Baju Lego

06/03/2019
0

INILAH pasangan pengantin paling sempoi di awal 2019. Kebiasaannya pengantin tidak kira sama ada perempuan atau lelaki sudah pasti akan...

Bercerai Beberapa Minit Selepas Diijab Kabul

06/02/2019
0

KUWAIT CITY - Sepasang pengantin baharu tidak sempat menikmati malam pertama apabila bercerai beberapa minit selepas diijab kabul. Insiden itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd