• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Soalan KBAT ‘Jimmy Choo’ Trending Di Media Sosial

oleh AK-47
19/03/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SOALAN ‘unik’ yang ditanya di dalam kertas peperiksaan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) untuk murid tahun enam baru-baru ini mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Rata-rata pengguna alam maya sehingga kini masih gagal meneka apakah jawapan bagi soalan tersebut yang memaparkan tokoh pereka kasut terkenal, Datuk Jimmy Choo di dalam kepsyen berikut:

“Datuk Jimmy Choo terkenal dengan rekaan kasut yang eksklusif dan bergaya. Beliau ialah seorang pereka kasut dan pembuat kasut yang mahir. Beliau sentiasa menggunakan alam semulajadi seperti pokok dan bunga sebagai sumber ilham dan inspirasinya.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan ayat yang bergaris (KBAT),” sebagai mana yang dinyatakan di dalam soalan tersebut.

Netizen menyatakan soalan yang diajukan adalah begitu sukar kerana ia memerlukan daya fikiran yang kritis untuk menjawab soalan yang dianggap ‘maha susah’ tersebut.

“Wah! Kalau begini soalan KBAT untuk pelajar tahun 6, for sure aku gagal,” demikian kata seorang netizen yang tidak menduga dirinya tidak mampu untuk menjawab kertas soalan murid sekolah rendah itu.

“Soalan seperti ini dikeluarkan sebab nak melihat pelajar yang manakah genius. Samalah seperti Matematik, Sains semua, kadang-kadang kementerian letak satu, dua untuk lihat siapa yang genius.

“Iyalah, rugilah kalau orang itu otaknya dah advance tetapi kita layan dia dengan benda-benda basic. Jadi rugilah kalau tak cungkil bakat mereka dari awal,” kata Wan Omar.

Sebagai pencerahan, ujian penilaian KBAT merupakan salah satu idea dan usaha inisiatif Kementerian Pendidikan bagi melahirkan pelajar intelek yang mempunyai kemahiran berfikir di luar kotak.

Kemahiran baharu ini merujuk kepada empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.

Pelajar perlu mengemukakan sebanyak mana pendapat logik dan idea mereka untuk soalan sebegini kerana skema pemarkahannya ialah mana-mana jawapan yang munasabah akan dikira.

Pelajar juga perlu menggunakan common sense yang ‘sesuai’ mengikut soalan yang dikemukakan.

Bagaimanapun, apakah jawapannya? – MYNEWSHUB.CC

Baca: Suruh Guru Sains Jawab Soalan UPSR, Belum Tentu A

Juga: Soalan Tatabahasa Tahun 5 Tanya “Siapa Juara AF8?”

Lagi: Guru Hati-Hati Kongsi Jawapan Lucu Murid Di Internet

Tags: Jimmy ChooKBATpeperiksaanSoalan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

LGE Kantoi Bohong Isu Flat PPR Taman Manggis

Next Post

Antara Pemainan Yang Hadir Dalam PlayStation VR

Related Posts

Tarikh Peperiksaan STPM Dipinda

11/05/2022
0

PUTRAJAYA - Tarikh peperiksaan Semester Tiga dan ulangan Semester Dua Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2021 masing-masing dipinda kepada tarikh...

Jepun: Tiga Pelajar Cedera Ditikam Ketika Duduki Peperiksaan

15/01/2022
0

TOKYO: Beberapa pelajar sekolah menengah yang menduduki peperiksaan kelayakan kemasukan ke universiti di bandar ini, dilaporkan cedera dalam satu kejadian...

Next Post

Antara Pemainan Yang Hadir Dalam PlayStation VR

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd