• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Flydubai Sahkan Penerbangan FZ981 Terhempas Ketika Mendarat

oleh Ahmad Albab
19/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Flydubai Airline, syarikat penerbangan tambang rendah Dubai, mengesahkan pada Sabtu bahawa penerbangannya, FZ981, dari Dubai ke bandar Rostov-on-Don di Rusia, terhempas ketika melakukan pendaratan.

Dalam kenyataan melalui laman sesawangnya, syarikat itu mengesahkan nahas itu mengakibatkan kehilangan nyawa, tetapi tidak menyatakan jumlah mereka yang maut.

Katanya, nahas berlaku pada kira-kira 00:50 GMT (8.50 pagi Sabtu waktu Malaysia) ketika pesawat berkenaan melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Rostov-on-Don.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (DXB) pada 18:20 GMT (2.20 pagi Jumaat waktu Malaysia), katanya.

“Kami sedang berusaha sedaya upaya untuk mengumpul maklumat mengenainya dengan secepat mungkin. Ketika ini, doa dan harapan kami mengiringi para penumpang dan kru kami yang menaiki pesawat itu.

“Kami akan melakukan segala yang terdaya bagi membantu mereka yang terjejas oleh kejadian ini. Kami mengerahkan pasukan respons kecemasan kami untuk mengambil tindakan sewjarnya dan akan bekerjasama rapat dengan semua pihak berkuasa berkenaan,” kata syarikat itu.

Flydubai Airline berkata pihaknya akan berkongsi sebanyak mungkin maklumat serta mengemaskinikannya dari semasa ke semasa.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat tentang rakan atau anggota keluarga masing-masing yang mungkin menaiki pesawat itu boleh menghubungi +44203 4508 853 atau +9714 293 4100. – BERNAMA

Tags: Nahas Pesawat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Pesawat: Turkiye Sahkan Semua 20 Anggota Tentera Terkorban

Nahas Pesawat: Turkiye Sahkan Semua 20 Anggota Tentera Terkorban

12/11/2025
0

ANKARA: Kementerian PertahananTurkiye mengesahkan kesemua 20 anggota tenteranya yang berada dalam pesawat kargo tentera C-130 yang terhempas di Georgia, terkorban....

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

30/12/2024
0

MUAN (Korea Selatan), - Setakat ini, mayat 141 daripada 179 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Jeju Air minggu ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd