• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Madonna Dedah Payudara Peminat Remaja Ketika Konsert

oleh AK-47
19/03/2016
dalam Artis, Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MADONNA dan kontroversi  sememangnya tidak dapat dipisahkan.

Selepas buat hal apabila lewat berjam-jam bagi memulakan konsert jelajahnya di beberapa lokasi di Australia yang sedang berlangsung, kini ‘Material Girl’ itu melakukan pula sesuatu yang sukar dipercayai di atas pentas konsertnya di Brisbane, pada malam Khamis.

Kononnya mahu mengusik Madonna telah menarik korset yang dipakai oleh seorang peminatnya yang berusia 17 tahun, membuatkan payudara remaja berkenaan terdedah di hadapan ribuan penonton konsert yang lain.

Remaja berkenaan merupakan peminat yang dipanggil Madonna secara rawak untuk diusik di atas pentas ketika konsert jelajahnya, ‘Unapologetic B***h’ berlangsung.

Sambil memuji Josephine Georgiou kerana seksi dan memiliki bentuk badan menawan dengan berkata, “She’s the kind of girl you just want to slap…the a** and pull (dia jenis wanita yang dicemburui wanita lain hingga terasa macam…nak tampar punggung dan tarik),” Madonna secara tiba-tiba menarik korset dipakai remaja tersebut hingga mendedahkan keseluruhan payudara kirinya.

Madonna kemudiannya segera mengucapkan, “Oh, s**t! I’m sorry. Sexual harassment. You can do the same to me (Alamak! Maaf, gangguan seksual. Silakan buat perkara sama pada saya),” namun remaja berkenaan hanya tersenyum dan memeluknya.

JOSEPHINE GEORGIOU
Josephine Georgiou

Susulan itu ramai menganggap Madonna telah memalukan Georgiou dan dia boleh disaman namun remaja itu  memberitahu agensi berita Courier Mail dia tidak akan berbuat demikian.

Georgiou yang bercita-cita menjadi model berkata, dia tidak berasa malu langsung dengan insiden tersebut malah berterima kasih kepada Madonna kerana memberikan pengalaman paling indah dalam hidupnya.

Susulan kejadian ini Mynewshub melakukan sedikit carian tentang Georgiou di Internet. Ternyata selepas melihat gambar-gambarnya, tidak ada apa yang hendak dipelikkan apabila insiden payudara terdedah di khalayak ramai sedikit pun tidak beri kesan buatnya! – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

Tags: KonsertkontroversiMadonnapayudara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Papan Tanda ‘No to Drugs’ Antara Syarat Baharu Permit Konsert Di Selangor – Polis

Papan Tanda ‘No to Drugs’ Antara Syarat Baharu Permit Konsert Di Selangor – Polis

20/02/2025
0

SHAH ALAM: Papan tanda atau plakad 'No to Drugs' pada laluan masuk konsert antara yang akan diletakkan dalam syarat permit...

3 Maut, 39 Cedera Bom Dilempar Berhampiran Pentas Konsert Di Utara Thailand

3 Maut, 39 Cedera Bom Dilempar Berhampiran Pentas Konsert Di Utara Thailand

14/12/2024
0

BANGKOK: – Tiga maut, manakala sekurang-kurangnya 39 yang lain cedera selepas bom dilemparkan ke arah orang ramai di Pameran Palang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd