• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Faiz Subri Perlu Tunggu Hingga Hujung Tahun

oleh Ahmad Albab
17/03/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata peminat bola sepak perlu menunggu sehingga hujung tahun ini untuk mengetahui keputusan Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016.

Beliau berkata, badan induk bola sepak dunia itu hanya akan mengumumkan keputusan anugerah berkenaan selepas meneliti kesemua pencalonan sepanjang tahun ini.

“Anugerah ini diberikan kepada gol yang terbaik dalam satu tahun. Jadi kita kena tunggu untuk tempoh setahun untuk melihat sama ada gol yang lebih hebat dijaringkan,” katanya apabila diminta mengulas mengenai surat maklum balas daripada FIFA berhubung pencalonan gol pemain Pulau Pinang Mohd Faiz Subri untuk anugerah itu pada tahun ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang.

Pada 22 Feb lepas, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghantar permohonan rasmi kepada FIFA mencadangkan gol dijaringkan pemain berusia 29 tahun itu dipertimbangkan untuk Anugerah Puskas FIFA 2016.

Gol yang melencong cantik sebelum menerjah gawang lawan itu, menerusi sepakan percuma dari jarak kira-kira 32 meter pada perlawanan Liga Super ketika Pulau Pinang bertemu Pahang di Stadium Bandaraya, George Town 16 Feb lepas.

Jaringan itu menjadi viral di media sosial dengan ramai pihak menyifatkan ia seakan-akan gol jaringan pemain bek kiri Brazil, Roberto Carlos ketika menentang Perancis pada Kejohanan Persahabatan Antarabangsa, Tournoi de France di Perancis pada 1997.

Anugerah Puskas diwujudkan pada tahun 2009 oleh Presiden FIFA ketika itu, Sepp Blatter untuk dianugerahkan kepada penjaring gol yang paling menarik bagi memperingati seorang daripada lagenda bola sepak dunia, pemain pada era 1950-an hingga 1960-an, Ferenc Puskas.

Puskas merupakan bekas pemain Hungary yang pernah mencipta rekod dunia selepas menjaringkan 84 gol dalam 85 penampilan antarabangsa selain membantu pasukan kebangsaannya muncul naib juara Piala Dunia 1954 di Switzerland dan juara Sukan Olimpik 1952 di Helsinki, Finland. – BERNAMA

Tags: Faiz Subri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Bakal Calon Kapten Skuad Harimau Kumbang?

14/01/2018
0

GEORGE TOWN - Persoalan misteri siapakah bakal dilantik sebagai kapten baharu Pulau Pinang dalam menghadapi Liga Perdana bermula awal bulan...

Faiz Subri, Jafri Sedia Berkelana Ke Pasukan Lain

23/10/2017
0

KUALA LUMPUR – Dua pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri dan Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew bersedia mempertimbangkan tawaran beraksi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd