• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengusaha Mohon Perlombongan Bauksit Diaktifkan Semula

oleh Ahmad Albab
17/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Para pengusaha mineral di Pahang hari ini menyerahkan memorandum kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menggesa supaya diaktifkan semula perlombongan bauksit selepas moratorium berakhir 15 April ini.

Memorandum itu diserahkan oleh Naib Presiden Pertubuhan Pengusaha Mineral Negeri Pahang, Yap Soon Huat kepada Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan kementerian, Mohd Nazif Jamaludin di hadapan bangunan Parlimen hari ini.

Yap berkata pertubuhan itu meminta supaya perlombongan bauksit boleh dimulakan sebaik sahaja moratorium berakhir pada 15 April ini.

“Kami berharap agar moratorium itu tidak diteruskan kerana pengusaha-pengusaha lombong bauksit telah mengikut prosedur operasi standard termasuk hal berkaitan pencemaran dan kebersihan.

“Jabatan Mineral sudah audit tempat-tempat lombong kami dan berpuas hati,” kata Yap yang diiringi kira-kira 300 pengusaha dan pekerja lombong dari Kuantan, kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum itu.

Kerajaan mengenakan moratorium selama tiga bulan berkuat kuasa 15 Jan lepas bagi mengatasi masalah pencemaran disebabkan perlombongan bauksit di Kuantan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebelum ini berkata moratorium akan dilanjutkan sekiranya industri bauksit tidak melaksanakan semua langkah yang telah digariskan, melibatkan pengosongan stok simpanan bauksit, mewujudkan smbuah kawasan simpanan bersepadu dan sistem pembersihan sisa baucsit. – BERNAMA

Tags: bauksit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aktiviti Melombong, Eksport Bauksit Boleh Diteruskan

19/02/2019
0

TEMPOH moratorium kegiatan perlombongan dan pengeksportan bauksit dari Pahang yang akan berakhir pada 31 Mac depan tidak akan dilanjutkan, umum...

Perlu Tegas Pastikan Tiada Perlombongan Bauksit Berjalan

11/09/2018
0

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang diminta tegas melakukan penguatkuasaan dalam mengawal selia aktiviti perlombongan bauksit berikutan pengumuman pengeluaran lesen eksport...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd