• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawatan Tun Mahathir Sebagai Penaung Mubarak Terlucut

oleh Ahmad Albab
17/03/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jawatan bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai penaung Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) terlucut secara automatik selepas beliau mengisytiharkan keluar daripada UMNO.

Presiden Mubarak, Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Mubarak pagi ini yang menganggap pendirian Dr. Mahathir ketika ini bercanggah dengan objektif pertubuhan itu untuk menyokong pemerintahan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Tun M dilantik sebagai penaung kerana beliau merupakan ahli UMNO dan anggota Barisan Nasional (BN), dan ahli-ahli Mubarak juga terdiri daripada (bekas) Ahli Dewan Negeri, Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang semuanya BN.

“Objektif kita untuk menyokong BN dan memberi sokongan padu kepada kerajaan sedia ada, dan apabila Tun M keluar daripada UMNO kali kedua dan bersekongkol pula dengan parti lawan yang menentang BN dan UMNO, jadi kita buat keputusan untuk mengucapkan terima kasih kepada khidmat dan sumbangan beliau selama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Menandatangani Kenyataan Bersama Mubarak dengan 43 Badan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia Menentang Gerakan Kumpulan Menggulingkan Kerajaan, di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata pihaknya sedih dan terkilan dengan tindakan Dr. Mahathir yang menjadi penaung Mubarak sejak 2005 itu mengadakan ‘Deklarasi Mahathir’ baru-baru ini demi kepentingan peribadinya.

Pada 29 Februari lepas, Dr. Mahathir mengumumkan keluar daripada UMNO selepas dilaporkan hilang keyakinan terhadap kepimpinan ketika ini.

Sebelum ini, Dr. Mahathir pernah keluar daripada UMNO pada 19 Mei 2008 selepas beliau dilaporkan hilang keyakinan terhadap kepimpinan perdana menteri dan presiden UMNO ketika itu, Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi.

Terdahulu, Abdul Aziz mengetuai 43 NGO itu antaranya Veteran UMNO Malaysia, Gerakan Belia 4B, dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dalam kenyataan bersama menentang dan mengutuk sekeras-kerasnya gerakan diketuai Dr Mahathir untuk menjatuhkan kepimpinan dan kerajaan.

Beliau berkata sikap dan tindakan yang dibuat oleh gerakan tersebut adalah bertujuan menghasut pemikiran rakyat sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara, agama dan bangsa.

“Rancangan kumpulan ini untuk mengadakan ‘roadshow’ di seluruh negara adalah untuk menghasut rakyat supaya menentang kerajaan melalui kaedah ‘Arab Spring’ yang berkesudahan dengan suasana huru-hara seperti yang dialami beberapa buah negara di Timur Tengah ketika ini,” katanya.

Justeru beliau menggesa rakyat tidak terpengaruh dengan dakyah kumpulan tersebut dan bercadang untuk bekerjasama dengan NGO di peringkat negeri untuk memberi kefahaman kepada rakyat mengenai perlembagaan dan pemerintahan demokrasi di negara ini. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd