PELAKON jelita Siti Saleha mengakui dirinya kini sedang bahagia di samping kekasih baru tetapi dia tidak mahu terlalu asyik bercinta dalam hubungan yang masih di peringkat awal ini.
“Tipu kalau saya cakap tak gembira dengan hubungan sekarang ini. Perasaan ini juga dilalui oleh semua pasangan bergelar kekasih. Kita akan berasa gembira jika ada teman untuk mengadu, bercerita dan berkongsi pengalaman hidup masing-masing.
“Saya pun tak sangka akan menerima cinta lagi selepas putus pada hujung tahun lalu,” katanya.
Siti Saleha menjelaskan kekasihnya bukan dari golongan artis namun dia berasakan lelaki itu luar biasa kerana sering menghiburkan hatinya.
“Kalau ada yang kata lelaki Eropah romantik berbanding lelaki Melayu, saya tak rasa macam tu. Yang penting adalah cara pembawakan diri dan penerimaan masing-masing,” katanya.
Tambahnya, jejaka istimewa tersebut datang dari keluarga berdarah campur dari serata dunia. -MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=-R-NMfaKKww]

