• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penggodam Salah Eja Nama Akaun, Nyaris Larikan AS$1 Bilion

oleh AK-47
12/03/2016
dalam Hangat, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKIBAT tersalah ejaan sewaktu melakukan transaksi, sekumpulan penjenayah siber secara tidak sengaja telah menyelamatkan sebuah intitusi perbankan daripada kehilangan AS$1 bilion.

Bagaimanapun, penjenayah terbabit masih berjaya melarikan sekurang-kurangnya AS$80 juta, di mana merupakan kes kecurian paling besar pernah direkodkan dalam jenayah dunia siber.

Menurut pegawai senior yang menjaga sistem perbankan itu, penggodam yang masih tidak dapat dikenal pasti itu berjaya melepasi sistem kawalan ketat keselamatan Federal Reserve Bank of New York.

Penggodam terbabit dikatakan memasuki sistem cawangan bank pusat di Bangladesh kemudian menggunakan akaun khas, melakukan lebih 30 kali permintaan transaksi ke atas Bank Federal dengan menyalurkan kepada entititi iaitu ke sebuah akaun di Filipina dan Sri lanka.

Sebanyak empat transaksi yang berjumlah AS$81 juta telah berjaya disalurkan ke Filipina, namun di dalam transaksi kelima, iaitu AS$20 juta yang ingin disalurkan ke sebuah badan NGO di Sri Lanka bagaiamanapun tidak berjaya.

Penggodam terbabit dilaporkan tersalah memasukan nama ejaan “foundation” kepada “fandation“, yang langsung menyebabkan sistem pengesahan maklumat transaksi di bank berkenaan gagal melaksanakan transaksi.

Menurut pegawai tersebut juga, tidak ada badan NGO yang menggunakan nama Shalika Foundation seperti mana yang telah disemak di dalam pangkalan data negara di Sri Lanka.

Dalam pada itu, pencipta perisian anti-virus Rusia, Kaspersky mendedahkan jenayah siber yang membabitkan intitusi perbankan di seluruh dunia telah kehilangan sebanyak AS$1 bilion dalam selang masa dua tahun ini.-MYNEWSHUB.CC

Sumber: Yahoo

Tags: BankGodampenggodam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MPV ‘Meluncur Masuk’ Dalam Bank

MPV ‘Meluncur Masuk’ Dalam Bank

12/04/2025
3

Tanjong Karang: Pelanggan sebuah bank di pekan Tanjong Karang gempar apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) 'meluncur masuk' ke dalam premis...

Aplikasi KK Mart Digodam, Tertera ‘Amaran Terakhir’

Aplikasi KK Mart Digodam, Tertera ‘Amaran Terakhir’

22/03/2024
0

Aplikasi mudah alih rangkaian kedai serbaneka KK Mart telah digodam hari ini, dengan perkataan "Amaran Terakhir" dipaparkan muncul pada aplikasinya....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd