• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Tajuk, Peserta PABM 2016 Hanya Diberikan Tema Pidato

oleh AK-47
19/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PIDATO Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM) yang diperkenalkan buat kali pertama pada 2007 kembali berlangsung tahun ini bermula 21 Mac hingga 25 Mac.

Pertandingan hasil cetusan ilham Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak ini dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka, Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM) dan Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia (MAKUM).

Bertemakan “Pengantarabangsaan Bahasa Melayu” penganjuran PABM adalah simbolik bahawa Bahasa Melayu telah menyerantau ke seluruh dunia; selain bukti kerajaan tidak pernah meminggirkan bahasa kebangsaan malah ia semakin memperkasa ke seluruh dunia.

Pada masa sama, PABM diharapkan dapat memartabatkan dan memperkasa pengaruh dan kesejagatan bahasa Melayu selain ‘menutup mulut’ para pengkritik dasar kerajaan mengenai bahasa kebangsaan.

Selaku negara muhibah berbilang bangsa, PABM juga dilihat mampu jadi wadah dan kesinambungan usaha kerajaan Malaysia ke arah penyatuan pelbagai bangsa dan budaya melalui aspek bahasa.

Manakala dari aspek pendidikan, pertandingan ini memperlihatkan pola permintaan yang tinggi terhadap jurusan pengajian Bahasa Melayu di seluruh dunia dan menjadi platform kerjasama bilateral antara IPT tempatan dan luar negara dalam mewujudkan lebih banyak Kursi Pengajian Melayu.

TIGA KATEGORI

PABM 2016 yang kini memasuki tahun ke-10 penganjurannya, hanya dibuka kepada pelajar yang mengambil jurusan pengajian bahasa Melayu secara formal di institusi pengajian tinggi seluruh dunia.

Mempertaruhkan tiga kategori untuk disertai 48 peserta, 10 peserta akan berentap bagi Kategori Alam Melayu yang dahulunya dikenali sebagai kategori Nusantara, 20 peserta kategori Antarabangsa dan selebihnya 18 peserta, kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia (PAM).

Kategori Alam Melayu akan menyaksikan pertarungan antara Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan Thailand; di mana setiap negara diwakili oleh dua peserta.

Bagi kategori Antarabangsa yang terbuka kepada lain-lain negara, hanya seorang peserta dipilih mewakili sesebuah negara manakala kategori PAM terbuka kepada semua pelajar antarabangsa yang melanjutkan pengajian di mana-mana intitusi pengajian tinggi di Malaysia, dengan syarat mengambil Bahasa Melayu secara selektif dan boleh menguasainya dengan baik. Dua peserta dibenarkan mewakili setiap universiti setelah disaring dalam sesi temuduga yang diuruskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.

Sistem pemarkahan bagi setiap pemidato adalah berdasarkan markah maksimum 100 dengan pecahan 40 markah mewakili Isi, Bahasa (35 markah), Gaya Persembahan (20 markah) dan Etika (5 markah).

Pertandingan peringkat saringan, suku akhir dan separuh akhir akan diadili oleh 5 juri manakala di peringkat akhir, 2 juri antarabangsa dan 5 juri tempatan akan menentukan pemenang.

KEPELBAGAIAN TAJUK

Bermula tahun ini, peserta hanya diberikan tema pidato dan diminta memberikan sendiri tajuk kepada pidato mereka bagi menggalakkan kepelbagaian tajuk berasaskan satu-satu tema.

Tema yang dipilih adalah Peranan Mahasiswa, Keamanan Dunia, Ekonomi dan Pendidikan, Kepelbagaian Budaya, Pendidikan dan Kerjaya, Kerjasama Antara Negara, Kepentingan Bahasa, Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh, Isu Kemanusiaan, Isu Hak Asasi, Yang Tua Dikasihi, Yang Muda Disayangi dan Kesaksamaan Gender.

Johan bagi setiap kategori akan menerima Piala Pusingan Piala Perdana Menteri, piala iringan, wang tunai RM20,000 serta hadiah iringan dan sijil. Naib johan pula memperoleh piala iringan, wang tunai RM12,000, hadiah iringan dan sijil manakala pemenang tempat ketiga membawa pulang piala iringan, wang tunai RM8,000, hadiah iringan dan sijil.

PABM 2016 peringkat saringan akan diadakan 21 Mac ini di Hotel RHR, Uniten bermula jam 9.30 pagi hingga 4 petang diikuti peringkat Suku Akhir pada 22 Mac di lokasi sama dari jam 9.30 pagi hingga 1.00 tengahari.

Perdana Menteri dan isteri dijadualkan menghadiri majlis kemuncak PABM2016 pada 25 Mac, jam 8.20 malam di Dewan Plenari, PICC yang akan turut bersiar langsung menerusi saluran RTM1.

Maklumat lanjut tentang PABM 2016 boleh diperoleh dengan melayari www.pabm.com.my. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

Tags: PABM 2016
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hatsune Yanai Wakil Dari Jepun Johan PABM 2016

30/03/2016
0

PUTRAJAYA - Wakil dari Jepun, Hatsune Yanai dinobatkan juara bagi kategori Antarabangsa Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana...

Peserta PABM 2016 Berkunjung Ke Dewan Bahasa & Pustaka

26/03/2016
0

PARA peserta pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2016 dibawa ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, pada Jumaat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd