SEKIRANYA anda ingin berhenti dari merokok, terdapat pelbagai produk di pasaran yang kini boleh didapati bagi mengurangkan tabiat tersebut.
Diantara produk paling kerap digunakan ialah pelakat nikotin yang ditampat pada kulit, di mana melalui pelekat tersebut, ia menyerap nikotin di dalam darah agar mengurangkan perasaan gian untuk merokok.
Penggunaan rokok elektrik, Vape juga menurut perokok dapat membantu mereka mengurangkan keperluan merokok secara perlahan-lahan.
Bagi mereka yang mempunyai keazaman yang tinggi, berhenti terus dari merokok ialah cara paling efektif tetapi agak menyeksakan.
Kini, Saintis di Scripps Research Institute Sand Diego, Amerika Syarikat dikatakan sedang membangunkan vaksin anti nikotin yang diharap dapat ‘memulihkan’ penghisap rokok.
Vaksin ini menghasilkan antibodi yang menyerang nikotin di dalam tubuh, ini sekaligus menghalangnya dari tiba ke bahagian otak dan menyebabkan ketagihan nikotin.

Buat masa ini ujian telah dilakukan ke atas haiwan makmal tikus dan menerusinya, tikus yang disuntik vaksin ini menunjukkan reaksi positif dalam masa hanya 10 minit.
Ujian terhadap haiwan yang berjaya tidak bermaksud ia turut akan mendatangkan reaksi yang sama ke atas manusia.
Lebih banyak kajian akan dilakukan dan sekiranya berjaya tabiat merokok manusia di zaman hadapan boleh dihentikan dengan hanya mengambil suntikan.-MYNEWSHUB.CC
Sumber: ACS

