LENOVA Malaysia baru-baru ini telah mengadakan sebuah acara khas dalam memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Lenovo K4 Note dan juga Lenovo Vibe X3.
Lenovo Vibe X3 telah dijual di pada harga RM1,899, dan yang mencuri perhatian  adalah Lenovo K4 Note.
Lenovo K4 Note hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh, dijana menggunakan cip MediaTek MT6753, memori 3GB RAM, dan ruangan storan 16GB yang boleh diperluaskan menggunakan mikro-SD.
Telefon pintar ini menggunakan kamera belakang 13-megapixel dengan sokongan autofokus PDAF, dan kamera hadapan 5-megapixel.
Bateri sebesar 3300mAh pada telefon pintar berasaskan Android 5.1 Lollipop ini menawarkan masa penggunaan sehari kepada pengguna. Pada bahagian belakang peranti ini juga, sokongan pengimbas cap jari disertakan.
Lenovo turut menekankan mengenai kualiti paparan yang digunakan pada K4 Note membolehkan pengguna pengoptimasian warna dan paparan visual yang berkualiti, sesuai untuk mereka yang gemar menikmati video pada peranti mereka.
Lenovo K4 Note turut hadir dengan teknologi yang dinamakan Theather Max untuk mengubah paparan media menjadi mesra paparan realiti-maya.
Disamping itu, telefon pintar ini turut memfokuskan kepada sokongan audio, di mana ia hadir dengan dwi-speaker Stereo dihadapan dengan teknologi Dolby Atmos, serta dilengkapi 3 mikrofon dengan Wolfson Audio Codex.
Lenovo K4 Note ini dijual pada harga RM999, sekaligus menjadikan antara peranti pintar paling berbaloi dengan spesifikasi pertengahan untuk dimiliki. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Lowyat