• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peta Hala Tuju Lebih Konkrit Tangani Pembaziran Makanan

oleh Ahmad Albab
10/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia merancang untuk mewujudkan satu peta hala tuju yang lebih konkrit untuk menangani pembaziran makanan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Mengambil inspirasi daripada program ‘Fome Zero’ atau ‘Zero Hunger’ di Brazil, beliau berkata kerajaan bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak termasuk orang awam untuk merangka peta hala tuju itu selain ingin belajar dari negara lain mengenai pembasmian kemiskinan dan kelaparan.

“Kami percaya bahawa kerajaan yang bertanggungjawab tidak akan membiarkan seorang pun rakyatnya kelaparan, tidak kira betapa miskinnya mereka,” katanya ketika berucap pada Persidangan Serantau Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Asia dan Pasifik di sini hari ini.

Ahmad Shabery berkata Malaysia telah membuat satu program jaringan keselamatan sosial sementara untuk membantu mereka yang menghadapi masalah kemiskinan dan kelaparan.

Beliau berkata pelbagai program telah dilaksanakan untuk meningkatkan taraf hidup golongan ini.

“Sebagai contoh, menerusi MyBeras, kerajaan akan menyediakan 20 kilogram beras setiap bulan kepada kira-kira 120,000 keluarga miskin tegar di negara ini, sebagai usaha untuk membasmi kemiskinan dan mengukuhkan keselamatan makanan,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Shabery telah dilantik sebagai pengerusi sesi plenari hari ini, yang dicadangkan Menteri Pertanian, Makanan, Hutan dan Perikanan Tonga Semisi T. Fakahau dan disokong oleh Atase Pertanian dan Timbalan Wakil Tetap Filipina Cupino Lazaro Jr.

Sesi itu dijangka akan mengkaji dan mengesahkan laporan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Sesi Ke-33 Persidangan Serantau untuk Asia dan Pasifik.

Kira-kira 500 delegasi daripada 46 negara di rantau Asia dan Pasifik menghadiri persidangan lima hari itu yang bermula Isnin lepas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, yang memfokuskan kepada dasar nutrisi, menggiatkan semula ekonomi luar bandar dan pelaburan serta belia dalam pertanian masa depan. – BERNAMA

Tags: Ahmad Shabery
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ford Yakin Kekalkan Momentum Jualan Tahun Ini

Next Post

PAS Bakal Wujud Blok Pembangkang Baharu

Related Posts

Stok Bekalan Beras Negara Mencukupi

03/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa memastikan stok bekalan beras negara mencukupi mengikut kadar ditetapkan, meskipun berlaku kejadian bencana alam atau...

Buka Peluang Wanita Ceburi Pertanian – Shabery

09/03/2018
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menggerakkan pelbagai agensi di bawahnya untuk membuka lebih banyak peluang bagi...

Next Post

PAS Bakal Wujud Blok Pembangkang Baharu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd