TAHNIAH kepada Sam Bunkface atau nama sebenarnya Shamsul Annuar bin Mohd Baharom, 28, kerana bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Isterinya Aida Azira Husin telah disahkan hamil 3 bulan.
“Aida sekarang hamil 3 bulan. Tentunya saya seronok dan teruja kerana hampir setahun berlalu, akhirnya saya bakal mendapat cahaya mata.
“Aida juga senang diurus kerana setakat ini masih tidak mengalami alahan yang teruk”

“Muntah-muntah itu perkara biasa bagi wanita yang hamil. Buat masa sekarang, kami masih belum mengetahui jantina anak dalam kandungan.
“Bagi saya, tak kisah lelaki atau perempuan, yang penting dia sihat dan sempurna”
Mengakui dirinya kini lebih banyak meluangkan masa membaca buku keibubapaan, Sam juga menjelaskan dia lebih memilih untuk mengikut nasihat doktor.
Dia juga memberitahu, mereka masih belum memilih sebarang nama untuk anak mereka. -MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=bUo9RWG6ygw]

