• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Doktor Gigi Puaka Dibicarakan Di Perancis

oleh Ahmad Albab
11/03/2016
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

Nevers (Perancis) – Seorang lelaki Belanda yang digelar media di sini sebagai ‘doktor gigi puaka’ dibicarakan semalam selepas didakwa menyebabkan kecederaan teruk pada mulut lebih 100 pesakit di Perancis.

Jacobus van Nierop, 51, mencabut gigi yang sihat dan menyebabkan puluhan pesakit di kampung pedalaman Perancis pecah tulang rahang serta mengalami pelbagai masalah kesihatan lain.

Van Nierop berhadapan tuduhan melakukan serangan menyebabkan kecederaan disamping didakwa melakukan tuntutan palsu terhadap pesakit dan syarikat insurans.

Dia berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda 150,000 euro (RM680,000) jika sabit kesalahan.

Van Nierop dibicarakan di mahkamah di Nevers, tengah Perancis, berhampiran kawasan pedalaman Chateau-Chinon, tempat dia mula bekerja pada 2008.

Van Nierop diambil bekerja oleh seorang pemburu dan mulanya disambut baik oleh penduduk tempatan yang menghadapi masalah mendapatkan perkhidmatan perubatan.

Bagaimanapun, pada 2011, pihak berkuasa mula melakukan siasatan selepas menerima aduan daripada beberapa pesakit dan syarikat insurans.

Seorang wanita, Sylviane Boulesteix, 65, berkata, dia mendapatkan perkhidmatan Van Nierop pada Mac 2012.

“Dia menyuntik saya tujuh atau lapan kali sebelum mencabut lapan gigi saya satu persatu. Saya menderita tiga hari,” katanya.

Seorang lelaki, Bernard Hugon, 80, berkata, doktor gigi itu meninggalkan cebisan daging ‘tergantung’ dalam mulutnya selepas mencabut sebatang giginya.

Polis menahan Van Nierop pada Jun 2013. Dia dibebaskan sementara menunggu untuk dibicarakan, tetapi Van Nierop meninggalkan Perancis pada Disember.

Dia akhirnya dikesan di sebuah bandar kecil di New Brunswick, Kanada dan ditangkap dengan menggunakan waran antarabangsa pada September 2014.

Media tempatan berkata, dia cuba membunuh diri ketika polis menahannya.

Dalam usaha untuk mengelak daripada dibicarakan, Van Nierop mendakwa dia tidak siuman dan mengaku membunuh isteri pertamanya.

“Dia bertindak seperti orang gila,” kata polis di New Brunswick ketika itu. – Agensi/myMetro Online

Tags: doktor gigiPerancis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hulk Hogan Malu Rakaman Video Seksnya Dengan Bini Kawan

Next Post

Universiti Ada Hak Tamatkan Kontrak Profesor

Related Posts

2 Terbunuh, 559 Ditahan Selepas Penyokong Raikan Kemenangan PSG

2 Terbunuh, 559 Ditahan Selepas Penyokong Raikan Kemenangan PSG

01/06/2025
0

PARIS: Dua terbunuh, beratus ditahan dan kereta dibakar di Perancis ketika peminat bola sepak meraikan kejayaan hebat Paris Saint-Germain menang...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

Universiti Ada Hak Tamatkan Kontrak Profesor

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd