• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gambar Sultan Mizan Dukung Kucing Eksotik Jadi Viral

oleh AK-47
13/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GAMBAR Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang mendukung seekor kucing eksotik telah menarik perhatian ribuan pencinta haiwan comel berkenaan menerusi laman sosial.

Kucing yang dimaksudkan itu berasal daripada keluarga Caracal, sejenis spesies kucing liar yang lazimnya mendiami kawasan berbatu dan gurun di negara-negara benua Afrika, beberapa negara Asia khasnya India.

Nama jenis kucing unik ini malah berasal daripada perkataan Turki iaitu “karakulak“, yang bermaksud telinga hitam. Carcacal juga dipanggil Lynx padang pasir, kerana ada ciri-ciri persamaan dengan kucing liar berkenaan.

Haiwan berkaki empat tersebut kebiasaannya mempunyai beberapa ciri menarik terutama bulu warna hitam unik yang lentik pada hujung telinganya dengan ukuran sepanjang 4.4 sentimeter.

Selain badan yang dipenuhi bulu cantik berwarna emas kemerah-merahan, ia turut mempunyai purata berat sebanyak 18 kilogram buat seekor Caracal jantan dewasa.

Kucing yang amat eksotik ini dikategorikan sebagai ‘kucing kecil’ yang paling besar di Afrika. Pasti anda tertanya-tanya berapakah harga haiwan terbabit bukan?

kucen4

Menerusi tinjauan MYNEWSHUB di sebuah akaun Facebook yang menjalankan bisnes kucing eksotik di Malaysia, iaitu Laman Khazanah Rimba Cattery, harga semasa buat kucing diimport Amerika Syarikat ini dijual pada harga RM150,000.

Maka amat jelas di sini, harga ‘tidak mampu milik’ berkenaan menunjukkan hobi membela kucing Caracal ini merupakan amalan kegemaran buat golongan-golongan ternama. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kucingsultan terengganu
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

25/12/2025
0

Kalau benar kucing ini dibuang oleh manusia, tolong dengar baik-baik. Kucing ini jinak, bersih, dan jelas pernah hidup indoor. Lebih...

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

16/11/2025
0

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki warga Nepal yang disyaki meliwat dan mencampak seekor kucing dari aras empat sebuah pangsapuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd