• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

23 Kes Penipuan Pakej Umrah Melalui Internet Dari Februari

oleh Ahmad Albab
07/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 23 kes penipuan pembelian pakej umrah melalui internet direkodkan sejak Februari lepas sehingga kini, kata Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Beliau berkata mangsa penipuan bukan sahaja melibatkan golongan profesional, tetapi juga penduduk di luar bandar yang terpedaya ditawarkan harga pakej umrah yang rendah.

“Mereka yang tidak bertanggungjawab ini mengeksploitasi bakal jemaah umrah melalui iklan yang menawarkan harga lebih rendah daripada harga lantai iaitu RM4,900,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas program bersama penggiat industri pelancongan (pengendali umrah) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Beliau berkata lapan daripada kes itu dilaporkan kepada polis melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM101,480.

Manakala selebihnya dilaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan nilainya belum dapat dipastikan.

Mas Ermieyati menasihatkan orang ramai supaya memeriksa latar belakang syarikat pengendali umrah dengan melayari laman web www.motac.gov.my atau www.jawhar.gov.my/umrah untuk menyemak status syarikat serta senarai syarikat yang telah disenarai hitam.

Katanya terdapat kira-kira 500 syarikat pengendali umrah yang berdaftar. Dalam pada itu beliau berkata seramai 290,000 rakyat Malaysia dijangka menunaikan umrah pada tahun ini. – BERNAMA

Tags: umrah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Malaysia Cadang Bina Terminal Khas Jemaah Haji, Umrah

Malaysia Cadang Bina Terminal Khas Jemaah Haji, Umrah

24/05/2024
0

SHAH ALAM - Kerajaan Malaysia memberi cadangan kepada Arab Saudi untuk membina terminal khas bagi membantu memudahkan urusan jemaah haji...

Anwar Berlepas Dari Riyadh Ke Jeddah Untuk Tunai Umrah

Anwar Berlepas Dari Riyadh Ke Jeddah Untuk Tunai Umrah

12/11/2023
0

Riyadh : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas dari Riyadh ke Jeddah bagi menunaikan umrah bersama isteri Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd